Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Stoke City pecat Mark Hughes

Stoke City memecat Mark Hughes sebagai pengurus pasukan itu selepas pasukan tersebut mengalami kekalahan yang memalukan semalam (6 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Jan 2018 03:41PM Dikemas Kini : 07 Jan 2018 10:34PM

LONDON: Stoke City memecat Mark Hughes sebagai pengurus pasukan itu selepas pasukan tersebut mengalami kekalahan yang memalukan semalam (6 Jan).

Pasukan Liga Perdana itu tewas di tangan pasukan kerdil Coventry City dalam pusingan ketiga Piala FA England.

"Stoke City mengesahkan bahawa kontrak dengan pengurus Mark Hughes sudah dibatalkan dengan serta merta," menurut kelab itu di akaun Twitternya.

Menurut laporan Astro Awani, keputusan itu dibuat beberapa jam selepas Stoke kecundang 2-1 di pusingan ketiga Piala FA menentang Coventry City.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Mark atas pencapaian beliau untuk kelab ini selama empat tahun setengah terutama sekali dalam membantu kelab ini menduduki tangga kesembilan liga sebanyak tiga kali berturut-turut.

"Kami berharap beliau meraih kejayaan pada masa akan datang," menurut kelab itu seperti yang ditukil Astro Awani.

Selain itu, kelab tersebut akan membuat penelitian sebelum melantik pengurus baru dalam waktu terdekat selain tidak mahu memberikan sebarang komen buat masa ini.

Stoke terhumban ke tangga paling corot Liga Perdana selepas kalah dalam enam daripada lapan perlawanan terakhir bagi semua pertandingan. 

Sumber : AFP/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan