Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Stadium Sultan Ibrahim dipilih tuan rumah Spartan Stadion

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat sejarah baru apabila Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai tuan rumah acara Spartan Stadion yang pertama di Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Stadium Sultan Ibrahim dipilih tuan rumah Spartan Stadion

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Apr 2021 06:56PM Dikemas Kini : 13 Apr 2021 07:00PM

JOHOR BAHRU: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat sejarah baru apabila Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai tuan rumah acara Spartan Stadion yang pertama di Malaysia.

Kelab itu dalam satu kenyataan memaklumkan acara itu melibatkan perlumbaan sejauh lima kilometer dengan 20 rintangan dan akan berlangsung pada 3 dan 4 Sep tahun ini.

Menurut kenyataan itu, pemilihan stadium ikonik yang mendapat anugerah “Stadium of the Year” oleh StadiumDB.com membuktikan kemampuan JDT dalam menarik minat dan kolaborasi dengan pelbagai lagi jenama antarabangsa.

Sebelum ini, beberapa jenama antarabangsa sudah menjalin kerjasama dengan kelab berkenaan, termasuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Nike, Hublot, Swag Electric Vehicle dan Subway.

“Kerjasama dengan jenama antarabangsa memperluaskan lagi nilai dan pendedahan jenama JDT ke peringkat global dan ini menjana pendapatan diperoleh melalui penajaan kerana semakin besar jenama JDT, semakin besar pulangan pelaburan bagi penaja,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, JDT juga percaya bahawa acara Spartan Stadion itu akan memperkukuhkan lokasi Stadium Sultan Ibrahim di peta dunia memandangkan ia dijangka menarik perhatian peminat dari dalam dan luar negara.

Spartan Stadion merupakan satu daripada sembilan acara sukan dianjurkan oleh Spartan Race - sebuah platfrom sukan ekstrem yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 2007 sebelum berkembang ke lebih 30 negara.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan