Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Stadium Real Madrid dijangka 'terbaik di dunia' selepas kerja naik taraf

Presiden gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid berkata kerja-kerja naik taraf selama 4 tahun di Stadium Santiago Bernabeu yang dijadual bermula pada musim panas akan mewujudkan sebuah 'stadium terbaik di dunia'.

Anggaran Waktu Membaca:
Stadium Real Madrid dijangka 'terbaik di dunia' selepas kerja naik taraf

Presiden Real Madrid Florentino Perez mendedahkan rancangan kerja-kerja naik taraf stadium Santiago Bernabeu. (Gambar: Gabriel Bouys/AFP)

Diterbitkan : 03 Apr 2019 02:12PM Dikemas Kini : 03 Apr 2019 02:20PM

MADRID: Presiden gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid berkata kerja-kerja naik taraf selama 4 tahun di Stadium Santiago Bernabeu yang dijadual bermula pada musim panas akan mewujudkan sebuah 'stadium terbaik di dunia'.

Dalam satu sidang media, Encik Florentino Perez turut mendedahkan imej-imej komputer bagi kerja-kerja naik taraf yang bakal dijalankan.

Stadium Santiago Bernabeu akan tetap dapat menampung seramai 81,000 penonton dan Real akan bermain di padang sendiri sedang kerja-kerja naik taraf itu dijalankan.

Encik Perez menegaskan bahawa kelab tersebut akan terus kekal berdaya saing dalam landskap bola sepak yang semakin mencabar.

Stadium yang bakal dinaik taraf itu bakal mengisi kawasan seluas 66,000 meter persegi dan akan menampilkan pelbagai kemudahan riadah dan hiburan.

"Secara ringkasnya, kami mahukan sebuah stadium yang sangat hebat dalam era digital ini," tegas Encik Perez.

Stadium Santiago Bernabeu sudah menjadi medan pertarungan Real Madrid sejak 1947. Malangnya, gergasi bola sepak Sepanyol itu tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah di pusingan 16 pasukan terakhir di tangan Ajax Amsterdam bulan lalu.

Meskipun Zinedine Zidane kembali ke Real sebagai pengurus pada bulan lalu, pasukan itu masih ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu liga, Barcelona, yang juga merupakan musuh ketat pasukan tersebut.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan