Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Spurs, Man Utd mara ke separuh akhir Piala Liga

Tottenham Hotspur melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Liga dengan kemenangan 3-1 ke atas Stoke City pada Rabu malam (23 Dis), sementara Manchester United pula menundukkan Everton 2-0 pada malam yang sama.

Anggaran Waktu Membaca:
Spurs, Man Utd mara ke separuh akhir Piala Liga

Pemain Tottenham Hotspur Ben Davies raikan gol kedua dengan Son Heung-min. (Gambar: REUTERS/David Klein)

Diterbitkan : 24 Dec 2020 09:08AM Dikemas Kini : 24 Dec 2020 09:12AM

STOKE-ON-TRENT: Tottenham Hotspur melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Liga dengan kemenangan 3-1 ke atas Stoke City pada Rabu malam (23 Dis), sementara Manchester United pula menundukkan Everton 2-0 pada malam yang sama.

Gol Spurs dijaringkan oleh Gareth Bale, Ben Davies dan Harry Kane.

Memburu piala utama pertama sejak memenangi Piala Liga pada 2008, pasukan Liga Perdana England itu menguasai sepenuhnya separuh masa pertama dan mendahului perlawanan apabila Gareth Bale menjaringkan gol pada minit ke-22 dengan menanduk hantaran silang Harry Winks.

Ia merupakan gol ketiga Bale sejak kembali ke Tottenham menerusi kontrak pinjaman dengan Real Madrid.

Buat seketika Mourinho tidak puas hati dengan permainan Stoke pada separuh kedua dengan gol penyamaan oleh Jordan Thompson, yang membolosi Hugo Lloris dari jarak dekat selepas menyempurnakan hantaran Jacob Brown pada minit ke-53.

Tottenham bagaimanapun mengatasi asakan kecil itu, untuk kembali mendahului perlawanan dengan tendangan rendah dari luar petak penalti oleh Ben Davies pada minit ke-70 sebelum Kane menjaringkan gol terakhir dari jarak dekat pada minit ke-81.

MAN UTD MARA KE SEPARUH AKHIR

Sementara itu, Edinson Cavani dan Anthony Martial menjaringkan gol lewat yang membantu Manchester United meraih kemenangan 2-0 ke atas Everton untuk merebut tempat di separuh akhir Piala Liga di Goodison Park pada Rabu (23 Dis).

United mensia-siakan banyak peluang di awal perlawanan dan kedua-dua pasukan kadang-kala menunjukkan permainan hambar dengan perlawanan kelihatan akan berakhir dengan penalti sebelum Cavani mengutip bola di sayap kanan, melangkah masuk dengan kaki kirinya dan melepaskan tendangan membolosi penjaga gol Everton, Robin Olsen.

Martial menambah gol kedua dengan sepakan terakhir sedang pasukan pelawat itu menyertai pasukan Kejuaraan, Brentford, Manchester City dan Tottenham Hotspur dalam undian separuh akhir pada lewat Rabu, untuk berentap bagi tempat di peringkat akhir pada 25 April di Wembley. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan