Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

SportSG gantung program bagi warga emas, ActiveSG hingga 7 April

Sport SG menggantung semua program bagi golongan warga emas, belia dan kanak-kanak Active SG berkuatkuasa serta-merta sehingga 7 April ekoran penularan COVID-19 yang semakin meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Mar 2020 06:30PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 09:19AM

SINGAPURA: Sport SG menggantung semua program bagi golongan warga emas, belia dan kanak-kanak Active SG berkuatkuasa serta-merta sehingga 7 April ekoran penularan COVID-19 yang semakin meningkat.

Ini menyusuli langkah-langkah mengamalkan jarak selamat yang dilaksanakan pihak berkuasa baru-baru ini.

Sport SG juga menggalak semua akademi dan kelab privet untuk mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan.

Semua acara dan perhimpunan dengan lebih 250 peserta perlu ditangguhkan atau dibatalkan.

Ia hanya boleh diteruskan sekiranya ia mendapat kurang daripada 250 penyertaan tetapi masih perlu terus mengamalkan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter.

Tempat-tempat acara dan kemudahan operasi juga digalak untuk mematuhi langkah berjaga-jaga yang dikeluarkan pihak berkuasa. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan