Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

SportSG gantung khidmat bekas jurulatih selama 2 tahun atas kelakuan tidak sesuai

Sport Singapore (SportSG) sudah menggantung khidmat bekas jurulatih atlit lompat pagar negara, Kerstin Ong, selama dua tahun atas kelakuan tidak sesuai.

Anggaran Waktu Membaca:
SportSG gantung khidmat bekas jurulatih selama 2 tahun atas kelakuan tidak sesuai

Gambar fail atlit lompat pagar negara, Kerstin Ong. (Gambar: XYZ Photos)

Diterbitkan : 01 Nov 2018 02:53PM Dikemas Kini : 01 Nov 2018 02:57PM

SINGAPURA: Sport Singapore (SportSG) sudah menggantung khidmat bekas jurulatih atlit lompat pagar negara, Kerstin Ong, selama dua tahun atas kelakuan tidak sesuai.

Dalam surat yang dikirimkan kepada Cik Ong bertarikh 29 Oktober yang disaksikan oleh Mediacorp, SportSG menyatakan bahawa ia sudah menggantung keanggotaan jurulatih itu dengan Pendaftar Jurulatih Negara selama dua tahun, yang akan dikuatkuasakan mulai 29 Oktober.

Langkah itu diambil setelah Cik Ong membuat aduan rasmi kepada SportSG pada bulan Januari, dengan menuduh bekas jurulatihnya berkelakuan tidak elok.

Dalam kenyataannya, Cik Ong berkata beliau berasa kurang selesa dengan kata-kata serta tingkah laku fizikal bekas jurulatihnya.

SportSG kemudian membentuk sebuah panel bagi meneliti isu tersebut serta menemu bual Cik Ong dan saksi-saksi relevan serta jurulatihnya.

Panel itu memutuskan bahawa jurulatih berkenaan "menyentuhnya secara fizikal" semasa satu sesi latihan dan bahawa beliau "tidak mendapatkan keizinan untuk berbuat demikian". Beliau juga menggunakan "kata-kata kurang sopan semasa latihan".

Panel itu juga mendapati bahawa jurulatih berkenaan melanggar "tiga prinsip utama di bawah Kod Etika Jurulatih", dalam surat tersebut.

Tiga prinsip itu adalah: menghormati individu, prinsip melatih secara bertanggungjawab dan bertindak dengan jujur.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu pada Rabu (31 Okt) mengumumkan bahawa sebuah suruhanjaya akan dibentuk bagi melakar garis panduan dan menetapkan proses membuat aduan bagi salah laku seksual dalam persatuan sukan tempatan. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan