Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sport S'pore rancang adakan lebih banyak latihan keselamatan bagi jurulatih, atlet

Sport Singapore merancang mengadakan lebih banyak latihan bagi para jurulatih dan atlet untuk mengetahui tanda-tanda kecederaan dan cara menanganinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Jun 2019 07:49PM Dikemas Kini : 09 Jun 2019 02:28AM

SINGAPURA: Sport Singapore merancang mengadakan lebih banyak latihan bagi para jurulatih dan atlet untuk mengetahui tanda-tanda kecederaan dan cara menanganinya.

Langkah itu diambil selepas seorang pemain hoki negara mengalami cedera parah dalam satu perlawanan liga hujung minggu lalu.

Ia menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan di acara-acara sukan di sini.

SITI RAIHANAH ALAMI STROK

Dalam kejadian itu pemain hoki negara, Siti Nur Raihanah mengalami strok selepas bertembung dengan seorang pemain pasukan lawan.

Menurut para saksi, tiada kakitangan perubatan di tempat kejadian dan tiada arahan dikeluarkan tentang cara menangani kejadian itu.

Para pegawai pertandingan kemudian meminta para pemain memindahkan Siti keluar dari padang supaya perlawanan dapat diteruskan.

Siti dihantar ke hospital hanya kira-kira sejam selepas itu dan beliau didapati mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Apabila ditanya mengenai protokolnya, Sport Singapore menyatakan ia mempunyai garis panduan keselamatan yang perlu dipatuhi Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan.

Ia termasuk menyarankan ada pasukan perubatan dan para pegawai yang telah menjalani latihan bantuan kecemasan di pertandingan sukan berisiko tinggi.

Hospital berhampiran juga perlu diberitahu.

Namun, disebabkan faktor-faktor unik yang dihadapi oleh setiap persatuan, garis panduan itu tidak dikuatkuasakan.

KURSUS DIPERLUAS, DASAR DITINJAU

Sebaliknya, Sport Singapore melabur dalam latihan.

Kursus-kursus penilaian risiko dan keselamatan sukan asas dilancarkan oleh agensi itu tahun ini.

Selain itu, Sport Singapore juga merancang untuk meluaskan kursus-kursus itu meliputi topik-topik berkaitan keselamatan air dan pengurusan insiden.

Fokusnya juga pada para jurulatih dan pemain.

Memandang ke hadapan, Persekutuan Hoki Singapura pula menyatakan ia akan meninjau semula dasar-dasarnya untuk mewujudkan sekitaran lebih selamat untuk para pemain.

Sumber : CNA/HA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan