Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Son, Kane penyelamat Spurs dalam kemenangan 1-0 ke atas Burnley

 Son Heung-min berjaya memecahkan kebuntuan untuk memberikan kemenangan 1-0 kepada Tottenham Hotspur dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) semasa menentang Burnley di Turf Moor awal pagi tadi (27 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Son, Kane penyelamat Spurs dalam kemenangan 1-0 ke atas Burnley

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Oct 2020 10:07AM Dikemas Kini : 27 Oct 2020 10:20AM

BURNLEY, United Kingdom: Son Heung-min berjaya memecahkan kebuntuan untuk memberikan kemenangan 1-0 kepada Tottenham Hotspur dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) semasa menentang Burnley di Turf Moor awal pagi tadi (27 Okt).

Kemenangan itu melonjakkan pasukan pimpinan Jose Mourinho ke tangga kelima EPL.

Spurs pada awalnya kelihatan akan gigit jari dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tetapi Harry Kane dan Son bertindak cemerlang pada minit ke-76 untuk memastikan Spurs dapat meraih kemenangan, sekali gus mengumpul 11 mata daripada enam perlawanan sejauh ini, dua mata di belakang pendahulu liga Everton.

Mourinho memuji kedua-dua pemain penyerang itu yang sudah berhasil menjaringkan 29 gol dalam liga - di belakang gandingan Didier Drogba dan Frank Lampard yang pernah menjaringkan 36 gol bagi Chelsea pada satu ketika dahulu.

"Persefahaman baik antara mereka berdua terjalin sejak era Mauricio (Pochettino). Tidak wajar jika saya dipuji, sebaliknya pujian itu seharusnya ditujukan kepada Mauricio juga.

"Mereka sudah bergandingan sejak sekian lama, mungkin dengan cara yang berbeza kerana Harry tidak semestinya bertindak sebagai penyerang utama saja.

"Apa yang menggembirakan saya tentang mereka ialah mereka bukan saja pemain hebat tetapi juga kawan baik, tiada rasa iri hati dan kedua-duanya mengutamakan pasukan dan bukan diri masing-masing," kata Mourinho.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan