Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Solskjaer tuntut penyokong City yang bersifat perkauman diharamkan seumur hidup

Jurulatih Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menuntut pengharaman seumur hidup di semua stadium bola sepak dikuatkuasakan terhadap seorang penonton yang didakwa menyasarkan ungkapan dan perbuatan berbaur perkauman ke arah pemain tengah dari Brazil, Fred, pada Sabtu (7 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Solskjaer tuntut penyokong City yang bersifat perkauman diharamkan seumur hidup

Pemain tengah Man U, Fred, menjadi sasaran perkauman dalam perlawanan menentang Manchester City pada 7 Dis (Gambar: AFP/Oli Scarff)

Diterbitkan : 08 Dec 2019 04:59PM Dikemas Kini : 08 Dec 2019 05:06PM

MANCHESTER: Jurulatih Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menuntut pengharaman seumur hidup di semua stadium bola sepak dikuatkuasakan terhadap seorang penonton yang didakwa menyasarkan ungkapan dan perbuatan berbaur perkauman ke arah pemain tengah dari Brazil, Fred, pada Sabtu (7 Dis).

Kemenangan United 2-1 ke atas juara bertahan Manchester City itu dibayangi oleh beberapa kejadian tidak diingini di stadium Etihad.

Solskjaer berkata kedua-dua Fred dan rakan sepasukan Jesse Lingard "terjejas" akibat penderaan perkauman itu.

Bagaimanapun, warga Norway itu menegaskan bahawa individu berkenaan dan bukan City sebagai sebuah kelab yang harus menerima sebarang sekatan.

"Kenapa kita tidak memberikannya pengajaran? Bukan salah City, salah dia. Tiada hubungan dengan Man City sebagai sebuah kelab bola sepak," ujar bos United itu.

"Dia dirakam dalam kamera dan tidak sepatutnya dibenarkan menjejak masuk ke mana-mana stadium bola sepak lagi, ia tidak dapat diterima langsung."

City berikrar untuk tidak bertolak ansur langsung terhadap penyokong yang didapati melakukan penderaan perkauman terhadap pemain United.

Fred terkena objek yang dilontarkan para penonton semasa pemain itu mengambil tendangan sudut pada separuh kedua perlawanan. Petikan video di media sosial menunjukkan penyokong City itu meniru gaya monyet ke arah pemain Brazil itu, iaitu suatu perbuatan berbaur perkauman.

Dalam kenyataannya Manchester City memaklumkan bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak polis untuk mengenal pasti sebarang individu yang terlibat.

"Pihak Kelab mempunyai dasar sifar tolak ansur terhadap sebarang bentuk diskriminasi, dan mana-mana pihak didapati bersalah akan diharamkan seumur hidup daripada (perlawanan) kelab," tegas City.

Kejadian pada Sabtu menyusuli perlawanan kelayakan England bagi Euro 2020 menentang Bulgaria pada Oktober, yang terhenti dua kali akibat insiden perkauman.

Pemain City, Raheem Sterling, juga disasarkan perbuatan perkauman di Chelsea setahun lalu.

"Kita bercakap tentangnya setiap minggu namun ia tidak akan berhenti sehingga (pihak bersalah) menerima akibat," tambah Solskjaer.

Bos City Pep Guardiola menyuarakan sokongan bagi pendirian United itu.

"Saya menyokong kenyataan yang dikeluarkan kelab itu," kata Guardiola.

"Ia adalah satu perjuangan yang dilakukan setiap hari, malangnya (kejadian sebegini) berlaku di banyak tempat dan diharapkan tidak akan berlaku lagi."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan