Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Solskjaer dilantik pengurus Man Utd; Van Dijk 'dihalau' rumah?

Para penyokong Manchester United mungkin bergembira dengan berita pelantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap pasukan itu. Namun bagi pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk, ini mungkin bermakna beliau perlu berpindah rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Solskjaer dilantik pengurus Man Utd; Van Dijk 'dihalau' rumah?

Ole Gunnar Solskjaer. (Gambar: Ole Gunnar Solskjær/Facebook)

Diterbitkan : 29 Mar 2019 07:49AM Dikemas Kini : 29 Mar 2019 07:54AM

LONDON: Para penyokong Manchester United mungkin bergembira dengan berita pelantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap pasukan itu. Namun bagi pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk, ini mungkin bermakna beliau perlu berpindah rumah.

Akhbar setempat, Standard melaporkan, pemain Liverpool itu menyewa rumah yang dimiliki Solskjaer, selepas pengurus the Red Devils itu pulang ke kampung halamannya untuk menjadi pengurus pasukan FK Molde.

Astro Awani melaporkan, rumah itu dibeli Solskjaer semasa beliau bermain untuk United. Beliau kemudian kembali ke rumah tersebut semasa mengurus pasukan simpanan pasukan itu.

Van Dijk mula menyewa rumah tersebut selepas berhijrah dari Southampton ke Liverpool.

Sejak menjadi pengurus sementara United, Solskjaer tinggal di Hotel Lowry dan dijangka mahu kembali semula ke rumah miliknya jika dilantik sebagai pengurus tetap.

Malah Solskjaer pernah menyatakan bahawa dia akan ‘menghalau’ Van Dijk jika dilantik sebagai pengurus tetap dalam satu sidang media pada awal Mac, menurut laporan itu lagi.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan