Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Solari enggan bincang masa depannya bersama Real Madrid

Ketua jurulatih sementara, Santiago Solari, enggan membincangkan masa depannya bersama Real Madrid selepas membimbing Los Blancos mencatat kemenangan ke atas Celta Vigo semalam (11 Nov), iaitu kemenangan keempat berturut-turut bagi Real Madrid di bawah kendaliannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Solari enggan bincang masa depannya bersama Real Madrid

Gambar: Miguel Riopa/AFP

Diterbitkan : 12 Nov 2018 08:54PM Dikemas Kini : 12 Nov 2018 09:00PM

MADRID: Ketua jurulatih sementara, Santiago Solari, enggan membincangkan masa depannya bersama Real Madrid selepas membimbing Los Blancos mencatat kemenangan ke atas Celta Vigo semalam (11 Nov), iaitu kemenangan keempat berturut-turut bagi Real Madrid di bawah kendaliannya.

Dengan kemenangan 4-2 di Balaidos, ini bermakna Solari adalah pengurus Real yang pertama untuk meraih empat kemenangan berturut-turut sejak mengambil alih pasukan -- kali terakhir oleh Manuel Pellegrini pada 2009.

Solari mengimbangi semula pasukan tersebut selepas mereka tewas 5-1 dalam aksi El Clasico yang menyaksikan Julen Lopetegui dipecat bulan lalu.

Pengurus berusia 42 tahun itu, yang tidak berminat untuk mengesahkan kedudukannya bersama Real Madrid, bagaimanapun memberitahu media, "Perkara paling penting adalah melakukan tugas yang terbaik untuk pasukan."

Solari terhutang budi atas persembahan cemerlang Karim Benzema ketika berdepan Celta, dengan penyerang kelahiran Perancis itu membuka jaringan dan memaksa Gustavo Cabral menjaringkan gol sendiri dalam separuh masa kedua.

Sergio Ramos dan Dani Ceballos turut bertindak selaku penjaring pada penghujung permainan bagi memastikan mereka hanya ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga, Barcelona selepas juara bertahan itu tewas 4-3 kepada Real Betis di Nou Camp.

Perkara negatif yang perlu dihadapi Real dalam perlawanan menentang Celta adalah mereka kehilangan khidmat Casemiro, Sergio Reguilon dan Nacho Fernandez ekoran kecederaan yang dialami.

"Celta bermain dengan agresif. Casemiro terpaksa dikeluarkan dan Gareth Bale turut menghadapi kesukaran dalam perlawanan ini. Asakan lawan telah menghadkan pergerakan Real dan kami terpaksa menghadapinya."

Sumber : Agensi berita/AW/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan