Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sokongan bagi Olimpik Tokyo 2021 semakin berkurangan

Sokongan bagi temasya Sukan Olimpik di Jepun, yang sememangnya sudah ditangguhkan, berkurangan ke paras terendah.

Anggaran Waktu Membaca:
Sokongan bagi Olimpik Tokyo 2021 semakin berkurangan

(Gambar: AFP/Behrouz MEHRI)

Diterbitkan : 10 Jan 2021 11:08PM Dikemas Kini : 10 Jan 2021 11:10PM

TOKYO: Sokongan bagi temasya Sukan Olimpik di Jepun, yang sememangnya sudah ditangguhkan, berkurangan ke paras terendah.

Demikian menurut satu tinjauan hari ini (10 Jan) sedang negara itu bergelut dengan gelombang ketiga penularan COVID-19.

Lebih 80 peratus daripada mereka yang ditanya oleh agensi berita Kyoto berkata acara global itu seharusnya dibatalkan atau ditangguhkan lagi. Jumlah itu naik daripada sekitar 60 peratus dalam tinjauan yang dijalankan pada 6 Disember oleh agensi media yang sama.

Menurut Kyodo, tinjauan itu dijalankan ke atas 1,041 orang di merata negara, yang dipilih secara rambang.

Penganjur Tokyo 2020 menyatakan penangguhan sekali lagi tidak boleh dilakukan dan berkeras bahawa ia akan diteruskan meskipun keadaan darurat diisytiharkan di sebahagian besar daerah di Tokyo minggu ini disebabkan lonjakan kes COVID-19.

Dalam tinjauan telefon nasional hari ini, sekitar 35 peratus orang memberitahu Kyodo bahawa mereka memilih acara itu dibatalkan sama sekali. Manakala sekitar 45 peratus mengatakan ia seharusnya ditangguhkan sekali lagi.

Keadaan darurat sepanjang sebulan di ibu kota Tokyo dan wilayah-wilayah di sekelilingnya kurang ketat berbanding 'lockdown' atau sekatan di tempat-tempat lain di merata dunia dan hanya menyasarkan restoran dan bar, yang diarahkan ditutup awal.

Perdana Menteri Yoshihide Suga minggu ini berkata Jepun komited untuk menganjurkan Sukan Olimpik yang "selamat".

Beliau percaya sentimen orang awam akan berubah sebaik sahaja negara itu mula menjalankan kempen suntikan vaksin, yang dijadual pada hujung Februari nanti.

Namun pegawai kanan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Dick Pound memberitahu BBC beliau "tidak dapat memastikan" sama ada acara sukan itu akan berlangsung kerana "masalah besar sekarang adalah kes jangkitan yang meningkat".

Sentimen orang ramai terhadap sukan Olimpik Jepun itu kurang optimis sejak berbulan lalu.

Dua tinjauan yang dijalankan menunjukkan kebanyakan orang berpendapat bahawa ia patut dibatalkan atau ditangguhkan lagi. Sementara tinjauan NHK dalam bulan Disember mendapati hanya 27 responden menyokong acara sukan itu diteruskan pada 2021.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan