Images
  • soh rui yong
    Soh Rui Yong mencatat masa 2:23:42 di Maraton Seoul pada 17 Mac 2019. (Gambar: Soh Rui Yong/Facebook)

Soh Rui Yong cipta rekod nasional baru maraton

SINGAPURA: Pelari maraton Singapura, Soh Rui Yong, mencatat rekod nasional baru bagi pasukan maraton lelaki selepas beliau mencatat masa 2:23:42 di Maraton Seoul hari ini (17 Mac).

Soh berjaya mengatasi rekod nasional yang dipegang sekian lama oleh Murugiah Rameshon. Rameshon mencatat masa 2:24:22 di Sukan SEA 1995 di Chiang Mai.

Atlit Singapura itu memuat naik sekeping gambar di laman Facebooknya, yang menunjukkan masa rasmi yang dicatatnya dengan kapsyen berbunyi: "Ia hanya mustahil sehingga seseorang berjaya mencapainya."

Soh menduduki tempat ke-43 dalam acara maraton di Seoul itu manakala Thomas Kiplagat, seorang rakyat Kenya, menjuarai acara tersebut dengan mencatat masa 2:05:59.

Ini adalah kali kedua Soh mencatat rekod nasional baru. Pada Januari, beliau mencatat rekod baru bagi acara separuh maraton. Beliau mencatat masa 1:06:04 di Maraton Houston, mengatasi masa rekod 1:07:08 yang dicatat oleh Mok Ying Ren di Separuh Maraton Arizona Rock & Roll 2016.

Soh, yang menjuarai maraton Sukan SEA 2015 dan 2017, kini berharap untuk melayakkan diri bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

- CNA/AI/ai

Top