Images
  • logo stf
    Logo STF (Gambar: Facebook/STF)

SNOC lantik jawatankuasa sementara pilih atlit taekwondo

SINGAPURA: Sebuah jawatankuasa sementara dilantik untuk menguruskan pemilihan para atlit taekwondo.

Ini selepas Persekutuan Taekwondo Singapura (STF) digantung oleh badan pentadbir antarabangsa sukan itu World Taekwondo dan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).

STF mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa semalam di mana undian para anggotanya menyokong saranan-saranan yang dibentangkan dalam agenda mesyuarat tersebut.

Antara saranan yang dikemukakan termasuk membenarkan SNOC melantik sebuah jawatankuasa sementara untuk menyelia pengurusan STF.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad (19 Mei), SNOC menyatakan bahawa jawatankuasa sementara itu akan diterajui oleh Dr Tan Eng Liang.

Dr Tan adalah naib presiden SNOC yang juga mantan pengerusi Majlis Sukan Singapura.

Menurut kenyataan itu lagi, jawatankuasa tersebut akan mula bertugas untuk menangani dan memperbetulkan antara lain, isu-isu tadbir urus, pemilihan atlit dan pengurusan prestasi tinggi yang dibangkitkan oleh WT dan SNOC.

- CNA/AY/tq

Top