Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sissoko, Son bawa Spurs ke perlawanan akhir Piala Liga

Moussa Sissoko dan Son Heung-min menjaringkan gol bagi membantu pasukan mereka Tottenham Hotspur mengalahkan kelab divisyen dua Brentford 2-0 dalam perlawanan separuh akhir Piala Liga pada Selasa (5 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Sissoko, Son bawa Spurs ke perlawanan akhir Piala Liga

Pemain Spurts raikan gol pertama mereka ke atas Brentford pada perlawanan separuh akhir Piala Liga pada 5 Jan 2020 (gambar: REUTERS/Paul Childs)

Diterbitkan : 06 Jan 2021 08:14AM Dikemas Kini : 06 Jan 2021 08:21AM

LONDON: Moussa Sissoko dan Son Heung-min menjaringkan gol bagi membantu pasukan mereka Tottenham Hotspur mengalahkan kelab divisyen dua Brentford 2-0 dalam perlawanan separuh akhir Piala Liga pada Selasa (5 Jan).

Dengan kemenangan ini, Spurs bakal berdepan dengan Manchester United atau Manchester City dalam perlawanan akhir pada April.

Brentford, yang bermain dalam perlawanan separuh akhir pertama mereka bagi sesebuah pertandingan utama, memulakan perlawanan dengan cemerlang tetapi ketinggalan satu gol pada minit ke-12 apabila pemain midfield Perancis, Sissoko menanduk bola hasil hantaran silang Sergio Reguilon dari sebelah kiri.

Pasukan pelawat itu, yang menewaskan empat pasukan Liga Perdana untuk melayakkan diri ke peringkat separuh terakhir, menyangka mereka berjaya menyamakan kedudukan selepas waktu rehat separuh masa pertama apabila penyerang Ivan Toney menjaringkan gol tetapi kemudian dibatalkan kerana ofsaid, yang dikesan melalui VAR.

Toney didapati berada dalam kedudukan ofsaid sebelum beliau menanduk bola dari jarak dekat setelah Ethan Pinnock mengumpan bola kepadanya.

Anak didik Jose Mourinho bertindak balas dengan menyumbat gol kedua melalui jaringan penyerang Korea Selatan, Son yang menyempurnakan hantaran Tanguy Ndombele dan memecut ke arah gawang sebelum membolosi penjaga gawang David Raya untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Brentford ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila Josh Dasilva dilayang kad merah enam minit sebelum perlawanan berakhir kerana mengasari Pierre-Emile Hojbjerg.

Spurs belum lagi berhasil menjulang sebarang piala utama sejak menjuarai Piala Liga pada 2008 semasa menentang Chelsea.

Dengan melayakkan diri ke peringkat akhir,
ini akan menjadi penampilan kesembilan mereka di peringkat akhir pertandingan tersebut, yang pernah dimenanginya sebanyak empat kali.

Perlawanan akhir akan diadakan di Wembley pada 25 April setelah Persatuan Bola Sepak England mengalihkan tarikh dari Februari hingga April untuk meningkatkan peluang para penyokong menyaksikan perlawanan akhir di Wembley.

Manchester United menjadi tuan rumah kepada jirannya City bagi satu lagi perlawanan separuh akhir di Old Trafford pada Rabu. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan