Images
  • sea games soccer
    Singa Muda beraksi semasa perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu. (Gambar: Mediacorp/Matthew Mohan)

Singa Muda berdepan Thailand, Indonesia dan Vietnam di peringkat kumpulan Sukan SEA

SINGAPURA: Singapura menghadapi persaingan sengit bagi perlawanan bola sepak lelaki Sukan SEA dalam undian yang diadakan pada Selasa (15 Okt).

Singa Muda yang tidak pernah meraih pingat emas Sukan SEA berada dalam kumpulan sama dengan juara bertahan Thailand serta pasukan-pasukan hebat Indonesia dan Vietnam dalam kumpulan B. Brunei dan Laos adalah pasukan lain dalam kumpulan sama.

Dalam Kumpulan A, tuan rumah Filipina akan berentap dengan Malaysia, Myanmar, Kemboja dan Timor Leste.

Pasukan dua teratas daripada setiap pasukan akan layak ke pusingan separuh akhir.

Sukan SEA ke-30 yang akan dianjurkan di pelbagai lokasi merata Filipina akan berlangsung antara 30 November dengan 11 Disember ini.

Pertandingan bola sepak itu adalah kejohanan peringkat umur merangkumi pasukan Bawah-22 tahun, yang boleh disertai dua pemain melepasi had umur.

Kali terakhir Singapura memenangi pingat di Sukan SEA ialah pada 2013, apabila ia meraih pingat gangsa di Myanmar. Namun, ia gagal mara ke peringkat kumpulan pada dua acara Sukan SEA sebelum ini.

Memberi komen berhubung keputusan undian itu, ketua jurulatih pasukan kebangsaan Bawah-22 Tahun Fandi Ahmad berkata: Kami dalam kumpulan yang sukar bagi Sukan SEA. Kedua-dua Thailand dan Vietnam layak bagi Kejohanan Bawah-23 AFC tahun depan.

"Ini satu pendorong baik untuk kami, menentang pasukan-pasukan yang terbaik di ASEAN dan kami akan bersedia secara mental dan fizikal bagi saingan sukar ini."

- CNA/HA/na

Top