Images
  • f1 sia
    (Gambar: Singapore Airlines)

SIA akan terus taja F1 S'pura hingga 2021

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) mengumumkan pada Khamis (19 Sep) bahawa syarikat penerbangan itu akan melanjutkan tempoh tajaan bagi Grand Prix Formula One Singapura selama dua tahun lagi.

Dalam kenyataan bersama dengan F1, SIA turut mendedahkan bahawa syarikat itu amat berbesar hati dapat terus menaja perlumbaan tersebut dan ia sudah menaja perlumbaan sebelah malam itu sejak 2014.

"Grand Prix Formula One Singapura Singapore Airlines adalah satu acara besar dalam kalendar sukan Singapura, yang berjaya memikat ramai penonton untuk menyaksikan perlumbaan sebelah malam yang sangat menakjubkan dan perlumbaan ini turut dikaitkan dengan persembahan artis-artis hebat," kata CEO SIA Goh Choon Pong.

"Kami berbesar hati dapat terus menaja F1 Singapura, di samping membantu merancakkan lagi sektor sukan dan pelancongan tempatan demi manfaat rakyat Singapura dan juga para pelancong antarabangsa," tambah beliau.

Menurut CEO F1 Chase Carey, hubungan kerja dengan SIA adalah satu hubungan simbiotik yang saling menguntungkan.

"Kami tidak sabar menantikan perlumbaan pada hujung minggu ini, dan berdasarkan pengalaman sepanjang 11 tahun lalu, kami yakin ia satu acara yang sangat menakjubkan bagi para penonton dan juga bagi para pemandu F1," menurut beliau lagi.

Perlumbaan tahun ini akan berlangsung dari 20 hingga 22 September di Litar Perlumbaan Marina Bay. 

- CNA/AW/tq

Top