Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sevilla mara ke perlawanan akhir Liga Europa

Manchester United perlu membayar harga yang mahal hasil kesilapan mereka di depan gol apabila Sevilla meneruskan malam yang istimewa di Eropah dengan bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke peringkat akhir dengan kemenangan 2-1 di Cologne.

Anggaran Waktu Membaca:
Sevilla mara ke perlawanan akhir Liga Europa

(Gambar: Getty Images)

Diterbitkan : 17 Aug 2020 11:40AM Dikemas Kini : 17 Aug 2020 11:47AM

COLOGNE, Jerman: Manchester United perlu membayar harga yang mahal hasil kesilapan mereka di depan gol apabila Sevilla meneruskan malam yang istimewa di Eropah dengan bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke peringkat akhir dengan kemenangan 2-1 di Cologne.

Penalti awal Bruno Fernandes disamakan menerusi jaringan Suso buat Sevilla pada saingan sengit babak pertama.

Namun United mempersia-siakan hampir semua peluang terbaik selepas rehat ketika Bono menyelamatkan banyak cubaan sehingga pemain gantian Luuk De Jong menyempurnakan hantaran lintang Jesus Navas 12 minit sebelum tamat.

United sudah mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan dengan menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Perdana namun penantian tiga tahun untuk merangkul trofi berterusan.

Tiga kekalahan dalam separuh akhir musim ini mendedahkan masih banyak perlu dilakukan Ole Gunnar Solskjaer untuk kembali membawa Red Devils ke zaman kegemilangan mereka.

Sevilla kini sudah menang 25 daripada 26 perlawanan terakhir kalah mati Liga Europa dan percaya mereka boleh memenangi kejohanan itu buat kali keenam apabila mereka akan berdepan sama ada Inter Milan atau Shakhtar Donetsk pada peringkat akhir. 

Sumber : AFP/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan