Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Serena Williams atlit wanita dengan pendapatan tertinggi

Bintang tenis Amerika Syarikat Serena Williams mendahului senarai majalah Forbes bagi atlit wanita yang meraih pendapatan tertinggi selama empat tahun berturut-turut pada Selasa (6 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Serena Williams atlit wanita dengan pendapatan tertinggi

Bintang tenis AS Serena Williams (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Aug 2019 10:45AM Dikemas Kini : 07 Aug 2019 10:47AM

WASHINGTON: Bintang tenis Amerika Syarikat Serena Williams mendahului senarai majalah Forbes bagi atlit wanita yang meraih pendapatan tertinggi selama empat tahun berturut-turut pada Selasa (6 Ogos).

Menurut majalah perniagaan itu, juara Grand Slam sebanyak 23 kali itu meraih pendapatan AS$29.2 juta (S$40.3 juta) dalam tempoh 12 bulan yang berakhir pada 1 Jun. Hanya AS$4.2 juta (S$5.8) daripada jumlah tersebut adalah dalam bentuk wang hadiah.

Naomi Osaka dari Jepun, yang mencipta nama di persada antarabangsa dengan mencatat kemenangan mengejut ke atas Williams dalam perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2018 dan kemudian memenangi Kejohanan Terbuka Australia pada Januari, menjadi wanita keempat untuk meraih lebih AS$20 juta (S$27.6 juta) dalam tempoh setahun - selepas Williams dan bintang tenis Maria Sharapova dan Li Na.

Forbes menganggarkan pendapatan Osaka adalah sekitar AS$ 24.3 juta (S$33.6 juta), meletakkannya di tempat kedua dalam senarai yang didominasi oleh ramai pemain tenis.

Forbes mengambil kira wang hadiah, gaji, bonus, tajaan dan yuran penampilan khas antara 1 Jun 2018 hingga 1 Jun 2019.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan