Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Serena akhiri kemarau gelar juara; derma cek $57,000 kepada mangsa kebakaran belukar Australia

Pemain tenis profesional Serena Williams mengakhiri kemarau gelar juara selama tiga tahun dan mendermakan cek kemenangannya kepada mangsa kebakaran belukar di Australia dalam perlawanan peringkat akhir WTA Auckland Classic penuh emosi hari ini (12 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Serena akhiri kemarau gelar juara; derma cek $57,000 kepada mangsa kebakaran belukar Australia

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 12 Jan 2020 10:11PM Dikemas Kini : 12 Jan 2020 10:15PM

AUCKLAND: Pemain tenis profesional Serena Williams mengakhiri kemarau gelar juara selama tiga tahun dan mendermakan cek kemenangannya kepada mangsa kebakaran belukar di Australia dalam perlawanan peringkat akhir WTA Auckland Classic penuh emosi hari ini (12 Jan).

Williams meningkatkan jangkaan bagi kejuaraan terbuka Australia bulan ini, di mana beliau menyamai rekod juara Grand Slam sebanyak 24 kali yang diraih Margaret Court menyusuli kemenangan 6-3, 6-4 - iaitu trofi kejuaraan WTA pertama yang diraihnya sejak beliau muncul juara di Melbourne pada 2017.

Pemain tenis berusia 38 tahun itu memutuskan untuk mendermakan cek kemenangan beliau yang bernilai AS$43,000 (S$57,000) kepada dana bantuan kebakaran belukar Australia dan menjelaskan bagaimana beliau terjejas secara mendalam oleh kejadian itu.

"Saya telah beraksi di Australia selama 20 tahun dan sukar bagi saya untuk menonton berita dan melihat apa yang berlaku di Australia .. haiwan serta penduduk yang kehilangan tempat tinggal," katanya.

"Saya memutuskan pada awal perlawanan... saya akan mendermakan semua wang kemenangan saya kepada usaha yang murni ini."

Gelaran juara itu yang pertama buat Williams sejak 2017 dan sejak bergelar ibu setelah menjuarai Kejohanan Terbuka Australia ketika sedang hamil.

Beliau kini mempunyai 73 gelaran juara WTA sepanjang empat dekad, dengan yang pertama diraih pada 1999.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan