Images
  • spain
    (Gambar: Reuters)

Sepanyol seri 1-1 dengan Sweden; mara ke Euro 2020

PARIS: Gol Rodrigo Morena membantu Sepanyol melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Euro 2020 selepas pasukan itu seri 1-1 dengan Sweden dalam perlawanan Kumpulan F di Stockholm hari ini (16 Okt).

Pasukan Republik Ireland pula masih berpeluang untuk melangkah ke peringkat akhir walaupun ditumpaskan 2-0 oleh Switzerland.

Kemenangan itu menjadikan Sepanyol negara keenam mara ke peringkat akhir hasil jaringan Rodrigo yang menghasilkan keputusan seri 1-1 menentang Sweden.

"Kelayakan satu kemestian bagi pasukan seperti Sepanyol tetapi untuk melayakkan diri tetap bermakna," kata Moreno. "Ia juga dapat mengurangkan tekanan dan memberikan kami masa untuk bekerja lebih keras."

Sepanyol menduduki tangga pertama dalam Kumpulan F dengan kutipan 20 mata setelah meraih keputusan seri bagi dua perlawanan baru-baru ini.

Pasukan itu kini berada lima mata di depan Sweden dan enam di hadapan Romania, yang terlepas peluang mendaki ke tempat kedua apabila Norway berjaya mencatat keputusan 1-1 menerusi jaringan gol Alexander Sorloth dalam perlawanan menentang Bulgaria.

- Reuters/HA/ha

Top