Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sepanyol malukan naib juara Piala Dunia 6-0!

Luis Enrique menyifatkan kemenangan 6-0 dalam perlawanan bola sepak antara Sepanyol dengan Croatia pada Selasa (11 Sep) sebagai permulaan baik bagi pasukan itu, selepas ia menewaskan pasukan England sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sepanyol malukan naib juara Piala Dunia 6-0!

Sepanyol berjaya menewaskan Croatia di Elche. (Gambar: Jose Jordan/AFP)

Diterbitkan : 12 Sep 2018 12:07PM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 12:10PM

ELCHE: Luis Enrique menyifatkan kemenangan 6-0 dalam perlawanan bola sepak antara Sepanyol dengan Croatia pada Selasa (11 Sep) sebagai permulaan baik bagi pasukan itu, selepas ia menewaskan pasukan England sebelum ini.

Pasukan Sepanyol mendahului naib juara Piala Dunia itu selepas Marco Asensio dan Saul Niguez berjaya menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama.

Dua gol jarak jauh Asensio, dengan gol kedua melepasi penjaga gol Lovre Kalinic, membantu Sepanyol mendahului perlawanan tersebut selepas Saul Niguez dengan terlebih dahulu menanduk masuk gol.

Selain tiga gol jaringan Asensio, tiga lain pemain - Rodrigo Moreno, Sergio Ramos dan Isco - kemudian menjaringkan tiga lagi gol pada separuh kedua bagi kemenangan mutlak ke atas pasukan Croatia.

Ini bermakna, Sepanyol berjaya menewaskan dua pasukan yang layak ke separuh akhir Piala Dunia dalam tempoh empat hari sekali gus membolehkannya mengetuai Kumpulan 2 Liga A dalam Liga Negara-Negara Eropah.

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan