Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Senegal sekat Brazil daripada catat kemenangan

Brazil terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Senegal dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Negara Singapura pada Khamis (10 Okt). Malah ada satu lagi perkara yang menarik perhatian - tempat duduk di stadium tersebut rata-rata kosong!

Anggaran Waktu Membaca:
Senegal sekat Brazil daripada catat kemenangan

Roberto Firminho meraikan jaringan gol semasan menentang Senegal dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Negara Singapura.

Diterbitkan : 11 Oct 2019 12:35AM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 12:41AM

SINGAPURA: Brazil terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Senegal dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Negara Singapura pada Khamis (10 Okt).

Malah ada satu lagi perkara yang menarik perhatian - tempat duduk di stadium tersebut rata-rata kosong!

Ini berbanding lebih 50,000 penonton menyaksikan sentuhan magis bintang Brazil, Neymar, semasa pasukan membelasah Jepun 4-0 dalam perlawanan di Stadium Negara pada 2014.

Namun demikian, taring Neymar kali ini tidak menyengat. Sebaliknya, pemain handalan Liverpool Roberto Firmino, bintang Bayern Munich Philippe Coutinho, penjaga gawang Manchester City Ederson dan pemain Paris Saint-Germain (PSG) Thiago Silva yang kelihatan menyerlah.

Philippe Coutinho menggelecek bola ketika perlawanan persahabatan menentang Senegal di Stadium Negara Singapura. 

Philippe Coutinho menggelecek bola ketika perlawanan persahabatan menentang Senegal di Stadium Negara Singapura. 

Namun demikian hanya sekitar 20,600 penonton hadir menyaksikan mereka - seolah-olah satu tamparan hebat kepada standard Brazil. Tempat duduk tingkat atas stadium tersebut sungguh lengang sekali.

Hampir sejam sebelum perlawanan bermula, suasana ibarat di padang Anfield dengan para penyokong Liverpool membuat kehadiran mereka dirasai.

Secara kebetulan pula, pemain Liverpool Firmino memberikan Brazil gol hanya selepas sembilan minit perlawanan bermula.

Pemain sepasukan kelab Firminho, Sadio Mane, hampir menyamakan kedudukan untuk Senegal namun sepakannya berjaya diselamatkan Ederson.

Senegal terus melancarkan beberapa serangan. Hantaran silang Ismailia Sarr yang berbahaya dan tandukan hasil satu tendangan sudut bagaimanapun berjaya ditepis Ederson.

Senegal akhirnya mendapat gol satu minit sebelum tamat separuh masa pertama, hasil jaringan Mane.

Mane terus mengasak benteng Brazil selepas masa rehat dengan satu lagi serangan yang menggugat gawang Brazil pada minit ke-58.

Namun demikian, Senegal gagal mengambil kesempatan ke atas tendangan percuma yang diberikan kepadanya.

Neymar juga mendapat peluang menjaringkan gol selepas Jesus secara terang-terangan ditarik di luar kawasan kotak penalti oleh pemain Senegal. Bagaimanapun tendangan bintang PSG itu disia-siakan dan gagal menepati gawang.

Neymar beraksi semasa perlawanan persahabatan menentang Senegal di Stadium Negara Singapura. 

Neymar beraksi semasa perlawanan persahabatan menentang Senegal di Stadium Negara Singapura. 

Satu rembatan jarak jauh oleh Mane enam minit sebelum tamat pertarungan hampir-hampir memberi kemenangan mutlak kepada Senegal. Bola bagaimanapun setakat terkena tiang gol.

Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri, dalam perlawanan yang dicemari dengan kekasaran dan beberapa keputusan pengadil yang boleh dipertikaikan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan