Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Senarai akhir jumlah acara Sukan SEA Vietnam 2021 dimuktamad Nov

Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) dijangka memuktamadkan senarai akhir jumlah sukan yang bakal dipertandingkan pada Sukan SEA ke-31 di Vietnam pada tahun depan, menerusi Mesyuarat Ahli Majlis badan induk itu secara maya pada bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Senarai akhir jumlah acara Sukan SEA Vietnam 2021 dimuktamad Nov

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 20 Oct 2020 06:59PM Dikemas Kini : 20 Oct 2020 07:01PM

KUALA LUMPUR: Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) dijangka memuktamadkan senarai akhir jumlah sukan yang bakal dipertandingkan pada Sukan SEA ke-31 di Vietnam pada tahun depan, menerusi Mesyuarat Ahli Majlis badan induk itu secara maya pada bulan depan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Encik Mohamad Norza Zakaria berkata laporan media Vietnam yang baru-baru ini mendakwa terdapat tambahan empat acara yang akan menjadikan keseluruhan 40 acara dipertandingkan di temasya sukan itu adalah tidak tepat.

"Mesyuarat Eksekutif SEAGF mengenai tambahan empat acara berkenaan adalah tidak betul kerana senarai akhir jumlah sukan, kebiasaannya dimuktamadkan dalam Mesyuarat Ahli Majlis SEAGF," katanya kepada Bernama hari ini (20 Okt).

Beberapa media Vietnam sebelum ini melaporkan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sukan SEA bersetuju menambah empat jenis sukan pada Sukan SEA 2021 iaitu, boling, jiujitsu, e-sukan dan triatlon.

Vietnam mempertandingkan 33 jenis sukan sewaktu menjadi tuan rumah Sukan SEA buat julung-julung kalinya pada 2003 yang diadakan di bandar raya Hanoi dan Ho Chi Minh.

Mesyuarat Ahli Majlis SEAGF yang berlangsung secara maya pada Julai lalu, bersetuju menyenaraikan 36 jenis sukan, membabitkan 450 acara pada Sukan SEA 2021 dari 21 November hingga 2 Disember.

Sebanyak 56 acara dipertandingkan pada edisi ke-30 di Filipina tahun lalu, dengan Malaysia menduduki tangga kelima daripada 11 negara bertanding setelah meraih 56 pingat emas, 58 perak dan 71 gangsa.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan