Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sekolah SPED, agensi khidmat sosial diberi S$1,000 sokong golongan kurang upaya jalani gaya hidup aktif

Dalam usaha menggalak golongan kurang upaya menjalani gaya hidup aktif, sekolah-sekolah Pendidikan Khas (SPED) dan agensi-agensi khidmat sosial akan mendapat S$1,000 untuk menempah kemudahan dan program sukan bermula Jun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Mar 2021 10:00PM Dikemas Kini : 16 Mar 2021 10:06PM

SINGAPURA: Dalam usaha menggalak golongan kurang upaya menjalani gaya hidup aktif, sekolah-sekolah Pendidikan Khas (SPED) dan agensi-agensi khidmat sosial akan mendapat S$1,000 untuk menempah kemudahan dan program sukan bermula Jun depan.

Lebih ramai mereka yang kurang upaya kini melibatkan diri dalam sukan.

Dalam sidang sukan inklusif yang sulung pada Selasa (16 Mac), Presiden Halimah Yacob menarik perhatian rintangan masih wujud untuk menggalak golongan tersebut supaya bersenam.

Ada sukan, menurut Presiden Halimah, yang perlu diubah suai dan memerlukan pelaburan yang mungkin menghambat pertubuhan, sekolah atau individu daripada memulakan program sukan untuk golongan kurang upaya.

Lantaran itu SportSG melancarkan skim Keahlian Korporat Khidmat Sosial.

Selain kredit S$1,000 ActiveSG untuk menempah kemudahan, pihak pertubuhan juga akan meraih manfaat daripada tempahan awal.

Persatuan Golongan Kurang Daya Intelek Singapura (MINDS), misalnya, yang membawa 80 penerima bantuan ke sebuah kolam renang setiap minggu, kini berharap dapat menyertakan pula sukan badminton atau bola keranjang dalam program sukannya.

SportSG juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi sosial untuk mengaturkan program sukan secara kerap.

Ia menyasarkan penyertaan 13,000 anggota baru menerusi skim tersebut. 

Sumber : CNA/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan