Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

“Sebagai jurulatih, saya tidak mahu Neymar kembali,” sindir Vicente del Bosque

Bekas pengurus pasukan kebangsaan Sepanyol, Vicente del Bosque berkata beliau tidak akan membawa Neymar kembali ke La Liga jika kelab kendaliannya adalah Barcelona atau Real Madrid. 

Anggaran Waktu Membaca:
“Sebagai jurulatih, saya tidak mahu Neymar kembali,” sindir Vicente del Bosque

Neymar. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Sep 2019 08:36AM Dikemas Kini : 06 Sep 2019 08:41AM

LONDON: Bekas pengurus pasukan kebangsaan Sepanyol, Vicente del Bosque berkata beliau tidak akan membawa Neymar kembali ke La Liga jika kelab kendaliannya adalah Barcelona atau Real Madrid. Ini meskipun, beliau mengiktiraf kualiti dan bakat yang dimiliki penyerang Brazil itu.

Barcelona mengadakan beberapa perbincangan dengan Paris St Germain (PSG) untuk membawa Neymar pulang ke Nou Camp selepas dua tahun beliau meninggalkan kelab itu dan menyertai pasukan Perancis tersebut.

Bagaimanapun, tiada kata putus berjaya dicapai antara kedua-dua kelab sebelum tempoh perpindahan ditutup pada 2 September lalu, dengan Pengarah Sukan PSG, Leonardo mendakwa juara Sepanyol itu gagal menyetujui harga yang ditetapkan oleh kelab itu.

Leonardo turut mengesahkan kelabnya ada berbincang dengan Real Madrid mengenai perkara yang sama.

Neymar yang menjaringkan 51 gol untuk PSG sepanjang tempoh dua musim bersama kelab itu dihantui masalah kecederaan serius pada awal kempen sebelum terpalit dengan spekulasi termasuk bertelagah dengan rakan sepasukannya, Edinson Cavani berhubung isu tendangan penalti.

“Saya berpendapat ia mungkin baik untuk liga Sepanyol jika belliau kembali tetapi jika saya adalah jurulatih kelab tersebut, saya tidak akan membawanya pulang,” kata Del Bosque. “Ini meskipun saya mengiktiraf bahawa beliau adalah pemain yang hebat, saya tidak mempunyai tanggapan yang begitu tinggi terhadapnya atas beberapa alasan.”

Del Bosque, yang menjulang Piala Dunia 2012 dan Euro 2012 sebagai jurulatih Sepanyol dan memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah bersama Real turut mengkritik sikap Neymar ketika beliau meninggalkan Barcelona pada 2017.

“Sikapnya di Barcelona tidak elok, malah ia terlalu buruk, amat buruk,” katanya.

“Jika anda membuat tinjauan dalam kalangan penyokong Barcelona, saya pasti separuh daripada mereka tidak mahu beliau kembali. Ada sebab di sebalik alasan itu.”

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan