Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sead Kolašinac dan Mesut Oznil 'baik' setelah cubaan rompak kereta

Pemain bola sepak Arsenal Sead Kolašinac berkata bahawa beliau dan rakan sepasukannya dalam "keadaan baik" setelah mereka terlibat dalam percubaan merompak kereta oleh sekumpulan geng bersenjata.

Anggaran Waktu Membaca:
Sead Kolašinac dan Mesut Oznil 'baik' setelah cubaan rompak kereta

Sead Kolašinac dan Mesut Oznil. (Gambar: seadk6/Instagram)

Diterbitkan : 27 Jul 2019 02:39PM Dikemas Kini : 27 Jul 2019 02:49PM

LONDON: Pemain bola sepak Arsenal Sead Kolašinac berkata bahawa beliau dan rakan sepasukannya dalam "keadaan baik" setelah mereka terlibat dalam percubaan merompak kereta oleh sekumpulan geng bersenjata.

Kedua-dua Kolašinac dan Mesut Oznil berjaya melarikan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan, bersama seorang penumpang wanita, dalam satu serangan di Platts Lane, berdekatan Golders Green, di barat laut London, pada Khamis (25 Jul).

Kolašinac boleh dilihat dalam rakaman CCTV mengejar salah seorang perompak.

Beliau memuat naik gambarnya dan Oznil di Twitter, dan menulis: "Rasanya kami baik-baik."

Dalam video yang tersebar di media sosial itu,Kolašinac, 26 tahun, dilihat cuba mempertahankan dirinya daripada dua lelaki bersenjatakan pisau.

Beliau bersemuka dengan lelaki-lelaki bertopeng itu sebelum beliau, Oznil dan penumpang wanita itu melarikan diri.

Salah seorang saksi berkata beliau melihat kedua-dua lelaki bertopeng itu memegang jubin bumbung sambil mengejar kenderaan tersebut.

Menyusuli serangan itu, para pemain tersebut mendapatkan perlindungan di sebuah restoran Turki.

Pengurus Yasmin Tahsiner berkata bahawa beliau menerima panggilan daripada Kolašinac dan Oznil bahawa mereka dikejar oleh dua penyerang yang menunggang motosikal.

Menurutnya, Kolašinac bertindak amat berani, dan menambah: "Dari apa yang saya lihat, mereka menanganinya dengan amat baik."

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan