Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Schooling kembali bertanding di Terbuka AS pada Nov

Perenang Singapura Joseph Schooling akan mengambil bahagian dalam perlumbaan pertamanya tahun ini - Terbuka Amerika Syarikat pada bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Schooling kembali bertanding di Terbuka AS pada Nov

Gambar fail Joseph Schooling beraksi di Sukan Asia 2018 (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Oct 2020 08:32PM Dikemas Kini : 10 Oct 2020 08:37PM

SINGAPURA: Perenang Singapura Joseph Schooling akan mengambil bahagian dalam perlumbaan pertamanya tahun ini - Terbuka Amerika Syarikat pada bulan depan.

Beliau akan pulang ke Amerika Syarikat untuk berlatih bagi Sukan Olimpik di Tokyo, tahun depan.

"Matlamat saya bagi Terbuka AS untuk kembali bertanding, lihat masa yang dapat saya catatkan, harap-harap rekod beberapa masa terbaik," kongsi perenang 25 tahun itu.

"Saya akan berlumba dalam acara 200 meter rampaian perseorangan, jadi saya amat teruja untuk bertanding semula.

Siang tadi (10 Okt) pemenang pingat emas Olimpik itu melawat Kelab Renang Singapura sebagai Duta Program Renang yang baru dan bertemu sekitar 100 perenang muda.

Schooling berkongsi kisah kejayaan dan pengalamannya bersama peserta program tersebut yang mempunyai 600 anggota.

Sumber : CNA/HK/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan