Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Schooling gagal mara ke peringkat akhir gaya bebas 50m

Juara Olimpik Singapura Joseph Schooling gagal melayakkan diri ke peringkat akhir acara gaya bebas 50 meter di Sukan Asia 2018 selepas menduduki tempat ke-17 di peringkat saringan pada pagi Selasa (21 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Schooling gagal mara ke peringkat akhir gaya bebas 50m

Joseph Schooling bersaing dalam peringkat saringan acara gaya bebas lelaki 50m di Sukan Asia 2018 di Jakarta. (Gambar: Jewel Samad/AFP)

Diterbitkan : 21 Aug 2018 04:57PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 05:00PM

JAKARTA: Juara Olimpik Singapura Joseph Schooling gagal melayakkan diri ke peringkat akhir acara gaya bebas 50 meter di Sukan Asia 2018 selepas menduduki tempat ke-17 di peringkat saringan pada pagi Selasa (21 Ogos).

Schooling, 23 tahun, mencatat masa 23.05s dalam acara itu. Rakan sepasukan, Teong Tzen Wei, 19 tahun, berjaya mara ke peringkat akhir dengan mencatat masa 22.52s dalam peringkat saringan, dengan menduduki tempat kelima dalam kalangan 51 peserta.

Masa yang dicatatkan oleh Schooling adalah 0.58 saat lebih perlahan berbanding rekod kebangsaan dan masa terbaik yang pernah dicatatnya iaitu 22.47s di Sukan SEA 2015.

Semasa bercakap kepada para wartawan selepas peringkat saringan, Schooling berkata: "Saya sentiasa ingin melakukan yang terbaik dalam perlumbaan renang, tetapi kaki saya rasa berasa letih sedikit."

"Tidak mengapa. (Dalam acara ini), anda tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku. Saya hanya menantikan perlumbaan saya yang seterusnya."

Schooling menyertai acara renang ini kurang 14 jam selepas pasukan beliau meraih pingat gangsa dalam acara renang gaya bebas 4x200m pada malam Isnin (20 Ogos).

Beliau akan bersaing dalam acara renang gaya kupu-kupu 100m pada pagi Isnin.

Sementara itu, Teong akan bersaing dalam peringkat akhir gaya bebas 50m pada Selasa (21 Ogos), pukul 6.05 petang waktu tempatan.

Seorang lagi perenang yang berjaya ke peringkat akhir ialah Quah Jing Wen, yang menduduki tempat ketujuh di kalangan 24 pesaing bagi melayakkan diri ke pusingan akhir gaya kupu-kupu wanita 100m. Acara itu akan berlangsung pada pukul 6.57 petang waktu tempatan.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan