Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Scaloni puji kebangkitan pasukan Argentina tanpa Messi

Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni memuji kebangkitan skuad kendaliannya yang kehilangan Lionel Messi apabila mereka menjaringkan gol pada babak kedua untuk mengikat Jerman 2-2 dalam perlawanan persahabatan pada Rabu (9 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Scaloni puji kebangkitan pasukan Argentina tanpa Messi

(Gambar: Ina FASSBENDER/AFP)

Diterbitkan : 10 Oct 2019 08:30AM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 08:39AM

DORTMUND: Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni memuji kebangkitan skuad kendaliannya yang kehilangan Lionel Messi apabila mereka menjaringkan gol pada babak kedua untuk mengikat Jerman 2-2 dalam perlawanan persahabatan pada Rabu (9 Okt).

Pasukan Jerman mendahului 2-0 selepas babak pertama menerusi jaringan Serge Gnabry dan Kai Havertz sebelum Lucas Alario merapatkan jurang selepas sejam perlawanan berlangsung.

Penyerang Bayer Leverkusen itu terus beraksi cemerlang apabila menyempurnakan peluang untuk Lucas Ocampos bagi jaringan penyamaan di minit-minit terakhir permainan.

“Kami menjadi matang ketika perlawanan,” kata Scaloni. “Kami melakukan dua atau tiga kesilapan dalam babak pertama, tetapi kami meraihnya semula pada babak kedua, kami lebih bersabar dan kami memandang positif untuk masa depan.

“Saya kagum dengan sikap yang ditampilkan, kami tidak berputus asa apabila kami ketinggalan 2-0.”

Jurulatih Jerman, Joachim Loew mengakui persembahan hebat pasukannya mengendur selepas memulakan perlawanan dengan baik.

“Kami mahu terus bersaing sejak dari mula hingga akhir, tetapi malangnya kami tidak mampu bertahan selama 90 minit,” kata Loew. “Kami kehilangan bola beberapa kali, berani sedikit dan berdepan masalah.”

Bintang Barcelona, Messi tidak bermain selepas digantung menyusuli komennya ketika di Copa America dan dengan ketiadaannya pemain Juventus, Paulo Dybala berganding dengan Lautaro Martinez untuk Argentina. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan