Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

'Saya akan kembali', kata jaguh badminton M'sia Lee Chong Wei

Jaguh badminton Malaysia Lee Chong Wei, yang disahkan menghidap barah hidung peringkat awal, berkata beliau tekad untuk kembali bertanding, menurut laporan media pada Sabtu (22 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
'Saya akan kembali', kata jaguh badminton M'sia Lee Chong Wei

Lee Chong Wei. (Gambar: Getty Images)

Diterbitkan : 23 Sep 2018 05:43PM Dikemas Kini : 23 Sep 2018 05:47PM

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton Malaysia Lee Chong Wei, yang disahkan menghidap barah hidung peringkat awal, berkata beliau tekad untuk kembali bertanding, menurut laporan media pada Sabtu (22 Sep).

Menurut Star Online, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu berkata: "Tunggu saya. Saya akan kembali ke gelanggang. Jangan lupakan saya, saya masih ada di sini.

"Saya akan kembali tidak lama lagi. Terima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan kepada saya sepanjang tempoh rawatan saya selama dua bulan. Saya akan ... katakan lebih lanjut apabila saya kembali nanti," kata Lee seperti ditukil dalam laporan itu.

Akhbar The New Straits Times turut melaporkan beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan yang beliau terima berikutan pengumuman mengenai kesihatannya.

Pada Sabtu (22 Sep), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa Lee sedang dirawat di Taiwan bagi peringkat awal barah hidung.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq menyeru semua pihak supaya menghormati dan memberi privasi kepada Lee dan ahli keluarganya.

Syed Saddiq berkata beliau sudah dimaklumkan tentang keadaan kesihatannya sebelum atlit berusia 35 tahun itu pergi ke Taiwan untuk menjalani rawatan.

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta rakyat Malaysia berdoa untuk kesihatan Lee.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan