Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Salzburg boleh ancam benteng Liverpool

 Liverpool akan ke Salzburg pada Selasa ini untuk mengelak kekalahan semasa berdepan dengan juara Austria itu dan sekali gus menghalang penyingkiran memalukan dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah buat juara bertahan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Salzburg boleh ancam benteng Liverpool

Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Dec 2019 12:33PM Dikemas Kini : 09 Dec 2019 12:35PM

LONDON: Liverpool akan ke Salzburg pada Selasa ini untuk mengelak kekalahan semasa berdepan dengan juara Austria itu dan sekali gus menghalang penyingkiran memalukan dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah buat juara bertahan itu.

Skuad kendalian Jurgen Klopp sudah biasa melayakkan diri ke peringkat kumpulan dengan cara yang sukar. Sejak dua musim lalu mereka memerlukan kemenangan di padang sendiri untuk menjamin tempat dalam 16 pasukan terakhir sebelum mara ke peringkat akhir.

Pasukan Reds mencatatkan rekod bersih pertama dalam 14 perlawanan ketika menang 3-0 di Bournemouth, namun kehilangan pemain pertahanan Dejan Lovren yang cedera pada babak pertama.

Sekiranya pemain Croatia itu tidak dapat ke Austria, Joe Gomez akan menjadi satu-satunya pemain Klopp yang cergas untuk digandingkan dengan Virgil van Dijk.

Benteng pertahanan Liverpool akan diperkukuhkan lagi dengan kehadiran Andy Robertson dan Trent Alexander-Arnold.

Penjaga gawang Alisson Becker juga terlepas dua bulan pada awal musim ini kerana mengalami kecederaan pada bahagian betis.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan