Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Saluran TV China batal siaran perlawanan Arsenal selepas komen Ozil tentang Uighur

Penyiar rasmi China, CCTV membatalkan siaran perlawanan antara Arsenal dengan Manchester City selepas pemain tengah Gunners Mesut Ozil menyuarakan sokongan terhadap masyarakat Uighur yang majoritinya Muslim, di Xinjiang.

Anggaran Waktu Membaca:
Saluran TV China batal siaran perlawanan Arsenal selepas komen Ozil tentang Uighur

Seorang penyokong kaum minoriti Uighur (Gambar: AFP/Ozan Kose)

Diterbitkan : 16 Dec 2019 10:54AM Dikemas Kini : 16 Dec 2019 10:57AM

BEIJING: Penyiar rasmi China, CCTV membatalkan siaran perlawanan antara Arsenal dengan Manchester City selepas pemain tengah Gunners Mesut Ozil menyuarakan sokongan terhadap masyarakat Uighur yang majoritinya Muslim, di Xinjiang.

Ozil, warga Jerman berketurunan Turki, mengutuk tindakan keras China terhadap masyarakat Uighur dan minoriti lain di wilayah barat itu dalam catu catatan Twitter pada Jumaat, sambil mengutuk negara-negara Islam kerana gagal bersuara terhadap pencabulan itu.

Perlawanan Liga Perdana England pada Ahad di London antara Arsenal dengan Manchester City pada awalnya dijadual untuk disiarkan secara langsung di saluran sukan CCTV sejurus selepas tengah malam pada Isnin, menurut jadual lebih awal yang diterbitkan di akaun rasmi Weibo liga tersebut.

Bagaimanapun, pada Ahad, CCTV menggantikan perlawanan itu dalam jadualnya dengan perlawanan antara Tottenham dengan Wolverhampton Wanderers yang dirakam lebih awal.

"Al-Quran dibakar... Masjid-masjid ditutup... Madrasah-madrasah diharamkan... Para ulama dibunuh seorang demi seorang... Saudara seagama dihantar secara paksa ke kem-kem," tulis Ozil dalam bahasa Turki di Twitter pada Jumaat.

"Masyarakat Islam berdiam diri, suara mereka tidak dipedulikan," tulis beliau berlatarkan warna biru dengan bulan sabit putih, bendera wilayah yang disifatkan oleh pemisah Uighur sebagai Turkestan Timur.

China semakin menerima kecaman daripada masyarakat antarabangsa kerana membangunkan rangkaian kem-kem di Xinjiang yang bertujuan menggabungkan penduduk Uighur bagi menggambarkan budaya majoriti Han di China.

Kumpulan-kumpulan hak asasi dan para pakar menyatakan lebih sejuta anggota masyarakat Uighur dan etnik minoriti lain ditahan di kem-kem di wilayah yang dikawal ketat itu.

KEMAHARAN ONLINE

Selepas pada awalnya menafikan kewujudan kem-kem tersebut, China kini menggambarkan kemudahan itu sebagai sekolah perjuruan yang bertujuan untuk mengekang ekstremisme dan pengganasan atas nama Islam.

Arsenal pada Sabtu mengelak dari dikaitkan dengan komen Ozil, dengan menyatakan ia "sentiasa berpegang pada prinsip tidak melibatkan diri dalam politik".

Komen Ozil mencetuskan kemarahan online, dengan beberapa pengguna di Weibo menggesa larangan ke atasnya untuk bermain.

Tabloid nasionalis China Global Times menyifatkan komen Ozil sebagai "palsu" dan menulis di Twitter pada Ahad bahawa beliau telah "mengecewakan peminat China dan badan pentadbir bola sepak".

Pembatalan siaran perlawanan itu mencetuskan lebih banyak kritikan terhadap Ozil, 31 tahun, termasuk dalam kalangan peminat Arsenal.

"Jika tidak kerana pemain Arsenal, Ozil, mencari masalah, adakah siaran perlawanan seluruh pasukan akan disekat di China?" tanya seorang pengguna pada Ahad.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan