Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Salah yakin beraksi di Piala Dunia meski cedera bahu

Bintang bola sepak dari Mesir, Mohamed Salah ‘yakin’ beliau dapat beraksi di Piala Dunia meskipun mengalami kecederaan bahu susuli perlawanan akhir Liga Juara-Juara di mana Liverpool kalah 1-3 di tangan Real Madrid.

Anggaran Waktu Membaca:
Salah yakin beraksi di Piala Dunia meski cedera bahu

Mohamed Salah terpaksa keluar padang dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA disebabkan kecederaan pada bahunya. (Gambar: PAUL Ellis/AFP)

Diterbitkan : 28 May 2018 08:12AM Dikemas Kini : 28 May 2018 08:15AM

LONDON: Bintang bola sepak dari Mesir, Mohamed Salah ‘yakin’ beliau dapat beraksi di Piala Dunia meskipun mengalami kecederaan bahu susuli perlawanan akhir Liga Juara-Juara di mana Liverpool kalah 1-3 di tangan Real Madrid.

Salah menangis apabila terpaksa keluar padang dalam separuh pertama perlawanan di Kiev Sabtu lalu (26 Mei). Ekoran itu, ramai bimbang sama ada pemain handal itu dapat beraksi dalam termasya Piala Dunia bulan depan.

Penyerang yang berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan tersebut selepas dijatuhkan Sergio Ramos.

Bercakap selepas perlawanan akhir berkenaan, pengurus Liverpool Jurgen Klopp menyifatkan kecederaan tersebut sebagai ‘parah’.

Ini bermakna, Salah akan terlepas peluang mewakili Mesir yang membuat penampilan pertama dalam Piala Dunia sejak 1990.

Namun, kini, terdapat kemungkinan baik Salah dapat menyertai pasukan tanahairnya untuk bermain di Rusia kelak.

“Ia malam yang sangat sukar, tetapi saya seorang pejuang. Meskipun sukar, saya yakin saya akan berada di Rusia untuk membanggakan anda semua,” tulis Salah di akaun rasmi Twitternya semalam (27 Mei).

Dalam pada itu, doktor pasukan Mesir Mohamed Abou El-Ela berkata dalam satu kenyataan bahawa menurut maklumat kakitangan perubatan Liverpool, Salah hanya mengalami kecederaan ligamen.

Malah, media tempatan melaporkan bahawa beliau hanya mengalami ketegangan pada ligamen bahunya itu dan dijangka kembali beraksi dalam tempoh tiga minggu. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan