Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Salah wajar jadi contoh umat Islam, kata Mufti Wilayah

Tidak syak lagi, bintang Liverpool, Mohamed Salah, antara pemain bola sepak paling popular pada masa ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Salah wajar jadi contoh umat Islam, kata Mufti Wilayah

Gambar fail.

Diterbitkan : 01 May 2018 08:03AM Dikemas Kini : 01 May 2018 08:06AM

KUALA LUMPUR: Tidak syak lagi, bintang Liverpool, Mohamed Salah, antara pemain bola sepak paling popular pada masa ini.

Namanya semakin diperkatakan bukan saja disebabkan rekod jaringan mengagumkan - 43 gol dalam musim ini sejauh ini – tetapi juga imej Islam yang sentiasa dibawanya.

Antaranya adalah gambarnya membaca Quran ketika dalam perjalanan serta caranya merayakan jaringan dengan bersujud.

Tindakan itu, serta artikel tentangnya, nampaknya tidak terlepas daripada perhatian Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad, lapor Malaysiakini.

Dalam satu catatan di Facebook semalam (30 Apr), Dr Zulkifli berkongsi bahawa beliau pada mulanya menganggap Salah sama seperti pemain beragama Islam lain di Liga Perdana England (EPL).

Bagaimanapun beliau mula tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemuda kelahiran Nagrig, Mesir, itu selepas mendengar nyanyian ‘I"ll be Muslim Too’ oleh penyokong Liverpool.

Malaysiakini melaporkan bahawa ia adalah lagu yang diubah suai liriknya daripada irama kumpulan Britain, James, berjudul ‘Sit Down’, yang dinyanyikan peminat ketika meraikan kejayaan Liverpool menewaskan FC Porto dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, Februari lalu.

"Jika dilihat daripada perspektif yang lebih luas, kejayaan yang dirangkulnya bukan saja kerana kelincahan tetapi juga sikapnya yang begitu menjaga solat dan hubungan dengan Allah.

"Melihat kepada latar belakang hidupnya, benarlah disiplin solat telah berjaya mengubah hidupnya menjadi apa yang anda lihat hari ini," kata beliau lagi.

Justeru, Salah wajar dijadikan contoh kepada umat Islam lain dalam mengejar cita-cita dan impian masing-masing.

“Yakinlah, kejayaan yang hakiki jua bersama dengan hamba-hamba-Nya yang memelihara solat.

"Itulah yang ingin disampaikan kepada semua penyokong Liverpool beragama Islam, kita akan berjaya dengan mengutamakan-Nya dalam semua perkara," nasihat Dr Zulkifli lagi.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan