Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Salah pertahan anugerah pemain terbaik Afrika

Mohamed Salah melengkapkan hari indah buat bola sepak Mesir apabila mempertahankan anugerah Pemain Terbaik Afrika di Senegal, pada Selasa (8 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Salah pertahan anugerah pemain terbaik Afrika

Mohamed Salah berjaya mempertahankan anugerah Pemain Terbaik Afrika. (Gambar: Seyllou/AFP)

Diterbitkan : 09 Jan 2019 04:18PM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 11:23PM

DAKAR: Mohamed Salah melengkapkan hari indah buat bola sepak Mesir apabila mempertahankan anugerah Pemain Terbaik Afrika di Senegal, pada Selasa (8 Jan).

Bintang Liverpool berusia 26 tahun itu menewaskan rakan sepasukan, Sadio Mane dari Senegal serta penyerang Arsenal dan Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang.

“Saya mempunyai impian untuk memenangi anugerah ini sejak zaman kanak-kanak dan sekarang saya sudah memenanginya sebanyak dua kali," kata Salah sebaik menerima anugerah tersebut di Dakar.

“Terima kasih kepada keluarga, rakan sepasukan dan penyokong. Saya dedikasikan trofi ini kepada negara kelahiran saya, Mesir.”

Detik bersejarah itu ulangan kepada keputusan tahun lalu apabila Salah muncul pemain kedua Mesir selepas Mahmoud al Khatib pada 1983 memenangi anugerah itu.

Sebelum majlis anugerah itu, Mesir mengatasi Afrika Selatan 16-1 dalam undian jawatankuasa eksekutif Persekutuan Bola sepak Afrika (CAF) di Dakar untuk menentukan negara yang berhak menggantikan Cameroon selaku tuan rumah Piala Negara Afrika 2019.

Persediaan yang tertangguh serta kebimbangan mengenai tahap keselamatan menyaksikan negara Afrika Tengah itu terpaksa digantikan untuk menjadi tuan rumah. Mereka akan menjadi tuan rumah untuk edisi 2021.

Meskipun Mesir memperoleh lebihan 15 undi yang di luar jangkaan, kejayaan Salah sudah dijangka selepas dia kerap menjaringkan gol untuk pendahulu Liga Perdana England itu.

Salah menjaringkan 44 gol dalam semua pertandingan untuk Liverpool musim lalu dan sudah menyumbang 13 gol setakat musim ini di saingan liga. 

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan