Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Salah pemain terbaik dunia ketika ini, tegas Jurgen Klopp

Jurgen Klopp menegaskan Mohamed Salah adalah pemain terbaik di dunia ketika ini selepas mempamerkan prestasi luar biasa dalam kemenangan 5-0 Liverpool ke atas Watford semalam (16 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Salah pemain terbaik dunia ketika ini, tegas Jurgen Klopp

Mohamed Salah menyambut gol keempat Liverpool menentang Watford. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 17 Oct 2021 09:14PM Dikemas Kini : 17 Oct 2021 09:18PM

LONDON: Jurgen Klopp menegaskan Mohamed Salah adalah pemain terbaik di dunia ketika ini selepas mempamerkan prestasi luar biasa dalam kemenangan 5-0 Liverpool ke atas Watford semalam (16 Okt).

Salah memintas rekod Didier Drogba sebagai pemain Afrika yang paling banyak menjaringkan gol dalam sejarah Liga Perdana England (EPL) menerusi larian solo yang menakjubkan selain menghasilkan hantaran hebat buat gol pembukaan Sadio Mane.

Prestasi mantap itu adalah kesinambungan daripada penampilannya sepanjang musim ini yang menyaksikan pemain sayap tersebut menjaringkan 10 gol dan empat bantuan jaringan dalam 10 penampilan.

Ini termasuk satu lagi gol yang mempesonakan ketika terikat 2-2 dengan Manchester City sebelum pusingan perlawanan antarabangsa yang lalu.

Pengurus The Reds, Klopp, merasakan ia menjadi bukti untuk menyokong hujahnya bahawa Salah kini berada di kemuncak prestasinya.

"Persembahannya (Salah) cukup hebat hari ini," kata pengurus kelahiran Jerman itu kepada BT Sport.

"Ia benar-benar luar biasa. Gol pertama adalah menerusi hantaran hebatnya tetapi kemudian jaringannya benar-benar luar biasa.

"Dia bersemangat untuk mencubanya di dalam petak penalti. Dia mencubanya beberapa kali, tiada masalah, penyerang boleh melakukannya.

"Dia akhirnya berjaya menjaringkan gol walaupun terpaksa menunggu lebih lama. Adalah jelas kami memerlukan prestasinya untuk mencapai apa yang diimpikan.

"Dia sedang di kemuncak prestasinya. Kita semua menyaksikannya. Siapa yang lebih baik daripadanya pada saat ini? Kita tidak perlu bercakap tentang apa yang pernah Messi dan Ronaldo lakukan untuk bola sepak dunia dan sudah berapa lama mereka benar-benar dominan.

"Tetapi pada masa ini, saya rasa sudah jelas bahawa tiada pemain yang lebih baik daripadanya. Bukan hanya semalam, dia sudah lama di tahap ini dan dia masih muda untuk mengekalkan prestasinya agar bertahan lebih lama."

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan