Salah jaring dua gol bantu Liverpool kalahkan Everton
Mohamed Salah menjaringkan dua gol ketika Liverpool membelasah Everton 4-1 dalam perlawanan derby Merseyside di Goodison Park pada Rabu (1 Dis) untuk kekal dua mata di belakang pendahulu Liga Perdana England, Chelsea.
LIVERPOOL, England: Mohamed Salah menjaringkan dua gol ketika Liverpool membelasah Everton 4-1 dalam perlawanan derby Merseyside di Goodison Park pada Rabu (1 Dis) untuk kekal dua mata di belakang pendahulu Liga Perdana England, Chelsea.
Rembatan sempurna oleh Jordan Henderson meletakkan Liverpool di hadapan pada minit kesembilan sebelum pemain tengah itu memberikan hantaran baik kepada Salah dan pemain Mesir itu menyempurnakannya untuk melebarkan jurang gol kepada 2-0.
Everton kelihatan seperti berdepan kesukaran tetapi mereka menemui sinar cahaya tujuh minit sebelum waktu rehat, dengan jaringan gol oleh Demarai Gray, disusuli permaian tangkas oleh pemain Brazil, Richarlison.
Pasukan tuan rumah itu menunjukkan prestasi baik namun Liverpool memperkukuh kedudukan, dengan Salah merebut bola daripada Seamus Coleman dan menjaringkan satu lagi gol cantik.
Diogo Jota menutup tirai perlawanan dengan gol yang menakjubkan, pemain penyerang Portugal itu menggelecek lewat Allan sebelum menyepak bola membolosi Jordan Pickford.
Liverpool kini di tangga ketiga dengan 31 mata, satu mata di belakang Manchester City dan dua di belakang pendahulu liga, Chelsea.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.