Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Salah dihadiahkan tanah di Makkah atas pencapaiannya

Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah, bakal menerima sebidang tanah di Makkah. Hal itu dimaklumkan oleh Naib Presiden Perbandaran Tempatan Makkah, Fahad Al Rooqi.

Anggaran Waktu Membaca:
Salah dihadiahkan tanah di Makkah atas pencapaiannya

Gambar fail.

Diterbitkan : 27 Apr 2018 07:53AM Dikemas Kini : 27 Apr 2018 07:55AM

MAKKAH: Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah, bakal menerima sebidang tanah di Makkah. Hal itu dimaklumkan oleh Naib Presiden Perbandaran Tempatan Makkah, Fahad Al Rooqi.

Menurut laporan portal berita Sabq, ia bagaimanapun bergantung kepada keizinan oleh Arab Saudi, sama ada akan membenarkan Salah memiliki tanah di negara itu atau tidak.

"Tanah itu miliknya dan terdapat beberapa pilihan untuk beliau," kata Encik Fahad seperti dilaporkan dalam laman Sabq. "Ia semua tergantung kepada pemain bola sepak itu dan perundangan (di sini). Jika beliau dibenarkan untuk memiliki sebidang tanah di Makkah, beliau boleh menyimpannya. Beliau juga boleh menggunakannnya untuk membina masjid atau menubuhkan sebuah badan amal. Tanah itu juga boleh dijual lalu hasilnya boleh disimpan Salah."

Tanah yang dipertimbangkan untuk dihadiahkan kepada pemain dari Mesir itu dikatakan terletak tidak jauh dari Masjidil Haram.

Menurut laporan Saudi Gazette, tanah itu bukan sekadar hadiah ke atas pencapaian cemerlang Salah di Anfield musim ini, tetapi juga satu bentuk penghargaan kepadanya yang dianggap sebagai wakil umat Islam di Britain.

"Hadiah ini diberikan kepada seorang bintang Mesir sebagai tanda penghargaan kerana beliau seorang yang boleh dicontohi oleh umat Islam di Britain. Kami semua bangga dengannya," kata Encik Falah.

Encik Falah turut menambah bahawa tawaran itu juga tanda sokongan bagi golongan muda selain menggalak mereka untuk menjadikan Salah sebagai sumber inspirasi. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan