Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Salah dakwa aduan hak penajaannya tidak dipedulikan

Ketegangan antara bintang bola sepak Mohamed Salah dengan Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) berlanjutan dengan penyerang hebat Liverpool itu mendakwa bahawa aduannya berhubung hak penajaan tidak dipedulikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Salah dakwa aduan hak penajaannya tidak dipedulikan

Gambar fail Mohamed Salah. (Gambar: Jeff Zelevansky/ AFP)

Diterbitkan : 29 Aug 2018 08:46AM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 08:50AM

KAHERAH: Ketegangan antara bintang bola sepak Mohamed Salah dengan Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) berlanjutan dengan penyerang hebat Liverpool itu mendakwa bahawa aduannya berhubung hak penajaan tidak dipedulikan.

Pemain bola sepak berusia 26 tahun itu kecewa pada bulan April lalu kerana gambarnya digunakan untuk promosi rasmi penaja pasukan kebangsaan Mesir WE.

"Persatuan bolasepak selalunya akan cuba menyelesaikan masalah dengan pemainnya agar mereka rasa selesa. Tapi apa yang saya lihat adalah sebaliknya," kata Salah menerusi kiriman tweetnya.

"Mesej daripada peguam saya tidak sepatutnya diabaikan. Saya tidak tahu kenapa semua ini berlanjutan. Adakah mereka tidak ada masa untuk menjawab mesej kami?" tambah beliau.

EFA menyatakan bahawa ia akan membalas kiriman surat yang dihantar peguam Salah, Encik Ramy Abbas, pada Isnin (27 Ogos).

Encik Abbas juga mengirimkan tweet bagi menyatakan: "Kami hanya inginkan jaminan bagi kebajikan Salah dalam pasukan negara, dan juga jaminan bahawa pelanggaran hak penajaan tidak akan berlaku lagi. Itu sahaja. Mereka belum lagi menjawabnya."

Salah dijangka beraksi bagi perlawanan antarabangsa Mesir selanjutnya pada 8 September.

Dalam pada itu, Salah turut menyalahkan EFA yang sebelum ini menurutnya 'mengganggu' pemain kebangsaan Mesir dalam persiapan Piala Dunia di Rusia.

Salah mendakwa EFA membawa para selebriti ke hotel tempat pemain kebangsaan Mesir menginap, sedangkan mereka perlu menumpukan perhatian kepada persiapan perlawanan.

"Saya minta keselamatan semua pemain dijaga. Tapi kami banyak diberi gangguan ketika menyertai Piala Dunia di Rusia.

"Saya tidak boleh ke restoran yang sama dua kali kerana mereka kata demi keselamatan saya memandangkan ramai orang yang datang ke hotel," katanya ketika menceritakan beliau sering diganggu oleh tetamu yang dibenarkan datang ke biliknya untuk berbual. 

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan