Images
  • salah liverpool
    (Gambar: Agensi berita)

Salah belum pasti kekal di Liverpool

LIVERPOOL: Jurgen Klopp mengaku 'tidak tahu' sama ada pemain handalannya, Mohamed Salah, akan kekal berada di Liverpool musim depan. Beberapa bulan lalu pemain Mesir itu juga mengakui perkara sama.

Salah ditanya mengenai masa depannya selepas gelaran juara Liga Perdana pertama kelab itu yang diraikan para pemain selepas menewaskan Chelsea di Anfield pada Rabu.

Bintang Mesir itu yang bersama kelab itu sejak 2017, menjaringkan 94 gol dalam 151 penampilan, memberitahu LA FM Colombia: "Saya hanya mahu meraikannya hari ini dan menikmati detik ini!

"Tiada siapa tahu mengenai masa depan dan apa yang akan terjadi. Mari lihat apa akan berlaku. Tetapi ketika ini, kami menang Liga Juara-Juara, kami menang Liga Perdana, saya gembira.

"Mari kita lihat apa yang akan berlaku pada masa depan, tapi saya gembira menang dan memiliki trofi itu."

Lebih menarik pengurus Liverpool, Klopp ditanya mengenai masa depan Salah di kelab itu pada Februari 2020.

Dalam satu sidang media, pengurus dari Jerman itu memberikan jawapan sama dengan berkata, beliau gembira jika penyerang itu terus kekal tetapi beliau tidak pasti jika Salah akan terus kekal.

"Saya mahu dia kekal (di Liverpool) adakah anda dengar sesuatu berbeza? Bagaimana anda melihat keinginan untuk terus kekal di Liverpool?

"Secara jujur bagi saya beliau sudah benar-benar serasi," kata Klopp.

- AFP/NA/na

Top