Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Salah bantu Liverpool kekal di landasan cipta rekod selepas benam Brighton

Jurgen Klopp memuji keinginan Liverpool dengan tidak bersikap ambil mudah selepas pasukan itu menang gelaran Liga Perdana England (EPL) apabila dua gol Mohamed Salah meletakkan Reds di landasan tepat untuk mencipta rekod pungutan mata dengan kemenangan 3-1 ke atas Brighton, di sini, pada Rabu.

Anggaran Waktu Membaca:
Salah bantu Liverpool kekal di landasan cipta rekod selepas benam Brighton

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 09 Jul 2020 10:16AM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 10:25AM

BRIGHTON, United Kingdom: Jurgen Klopp memuji keinginan Liverpool dengan tidak bersikap ambil mudah selepas pasukan itu menang gelaran Liga Perdana England (EPL) apabila dua gol Mohamed Salah meletakkan Reds di landasan tepat untuk mencipta rekod pungutan mata dengan kemenangan 3-1 ke atas Brighton, di sini, pada Rabu.

Pasukan juara itu kini mengumpul 92 mata dengan tiga kemenangan daripada empat saingan terakhir yang boleh memecahkan rekod Manchester City dengan 100 mata dua musim lalu.

"Kami adalah juara dan kami boleh berlembut sedikit tetapi tidak - pemain melakukan segala-galanya," kata Klopp.

"Kami kini ada 92 mata dan musim lalu kami mengumpul 97! Kami ada lima mata lebih daripada ini musim lalu - ia menakjubkan, saya tidak tahu bagaimana kami melakukannya."

Pasukan kendalian Klopp pantas menguasai permainan dengan dua gol pada lapan minit pertama selepas lima perlawanan tanpa gol di tempat lawan selepas musim tergendala kerana COVID-19.

"Saya melihat dua pasukan bola sepak yang bagus malam ini, kedua-duanya cuba bermain baik," kata Klopp.

"Mereka ada susunan yang berani tetapi kami ada penyelesaian terhadapnya. Tekanan yang kami berikan cemerlang."

Sumber : AFP/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan