Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Saham Man Utd susut 7% selepas Glazer jual 9.5 juta ekuiti

Saham Manchester United Plc mencatat penyusutan berikutan tindakan keluarga Glazer menawarkan jualan kepentingan saham mereka bernilai hampir AS$200 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Saham Man Utd susut 7% selepas Glazer jual 9.5 juta ekuiti

Stadium Old Trafford. (Gambar: Bloomberg)

Diterbitkan : 07 Oct 2021 08:51AM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 08:53AM

MANCHESTER: Saham Manchester United Plc mencatat penyusutan berikutan tindakan keluarga Glazer menawarkan jualan kepentingan saham mereka bernilai hampir AS$200 juta.

Saham kelab bolasepak tersebut susut 7% selepas Kevin Glazer Irrevocable Exempt Family Trust dan Edward S Glazer Irrevocable Exempt Trust menawarkan jualan sebanyak 9.5 juta saham.

Saham-saham tersebut bernilai kira-kira AS$186 juta semasa pasaran Bursa Saham New York (NYSE) ditutup semalam (6 Okt), lapor Bloomberg.

Tawaran itu adalah susulan peningkatan saham sebanyak 11% pada 17 September lalu setelah Manchester United melaporkan pendapatan suku tahunan lebih tinggi berbanding tempoh yang sama setahun lalu berikutan kembalinya para penyokong memenuhi stadium Old Trafford.

Secara keseluruhannya, saham tersebut meningkat sebanyak 17% tahun ini, dengan paras semalam hampir menyamai momentum pembukaan musim baru dan pembelian semula Cristiano Ronaldo.

Bank of America Corp merupakan penaja jamin bagi tawaran terbaru keluarga Glazer.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan