Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Saham Bali United menjulang di Bursa Indonesia; ikut jejak Man Utd & Juventus

Nilai saham kelab bola sepak Bali United menjulang tinggi apabila ia mula diperniagakan secara rasmi di Bursa Saham Indonesia di Jakarta pada Isnin (17 Jun). Ini adalah kali pertama sebuah kelab bola sepak Asia Tenggara disenaraikan di bursa saham.

Anggaran Waktu Membaca:
Saham Bali United menjulang di Bursa Indonesia; ikut jejak Man Utd & Juventus

Gambar: Facebook/Bali United FC

Diterbitkan : 18 Jun 2019 12:07PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 12:10PM

JAKARTA: Nilai saham kelab bola sepak Bali United menjulang tinggi apabila ia mula diperniagakan secara rasmi di Bursa Saham Indonesia di Jakarta pada Isnin (17 Jun). Ini adalah kali pertama sebuah kelab bola sepak Asia Tenggara disenaraikan di bursa saham.

Pelancaran saham kelab itu meletakkannya dalam kalangan kelab-kelab antarabangsa yang unggul seperti Manchester United, Juventus dan Borussia Dortmund yang juga pernah menawarkan saham bagi kelab masing-masing.

Nilai saham syarikat pengurus kelab itu melonjak hampir 70 peratus pada Isnin setelah tawaran awam permulaan saham berjaya mengumpul dana bernilai 350 juta rupiah (S$33,451).

Kira-kira sepertiga saham syarikat pemilik PT Bali Bintang Sejahtera Tbk diperdagangkan pada harga 175 rupiah (S$0.017) dengan nama pendek 'BOLA'.

Sebilangan pemegang saham baru syarikat itu merupakan penyokong tegar Bali United yang menduduki tangga kedua dalam liga bola sepak utama Indonesia, Liga 1, kata para pegawai.

"Jenama Bali United akan bertambah positif sebagai kelab profesional dengan sokongan hebat para penyokong," kata Iwan Budianto, pemangku pengerusi Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).

"PSSI akan sentiasa menyokong dan berharap agar kelab-kelab lain akan mengikut jejak Bali United," kata beliau.

Meskipun Indonesia mempunyai profil antarabangsa yang sederhana, negara itu pernah menarik bakat asing, termasuk bintang Chelsea Michael Essien dan pemain tengah Tottenham Hotspur Didier Zokora.

Namun liga bola sepak Indonesia dibelenggu pelbagai masalah termasuk skandal menetapkan keputusan perlawanan dan kelakuan samseng. 

Sumber : AFP/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan