Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura tuan rumah Persidangan Jurulatih Global 2023

Singapura terpilih sebagai tuan rumah Persidangan Jurulatih Global pada 2023.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura tuan rumah Persidangan Jurulatih Global 2023

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong. (Gambar: Sport Singapore)

Diterbitkan : 26 Oct 2021 04:18PM Dikemas Kini : 26 Oct 2021 04:23PM

SINGAPURA: Singapura terpilih sebagai tuan rumah Persidangan Jurulatih Global pada 2023.

Acara itu bertujuan menangani isu-isu dalam industri dengan menghimpunkan para jurulatih, penyelidik dan saintis sukan terulung dunia.

Singapura bakal menjadi bandar Asia Tenggara yang pertama untuk menjadi tuan rumah acara dwitahunan itu.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong mengumumkan demikian semasa Persidangan CoachSG kelima, siang tadi (26 Okt).

Beliau berkata para jurulatih perlu meningkatkan kemahiran serta menyesuaikan diri kepada format sukan baru serta trend-trend baru untuk kekal relevan.

Semasa acara itu, satu siri video menampilkan lima jurulatih tempatan dan wadah online bagi pembelajaran sukan turut dilancarkan.

Wadah itu akan menyokong pembangunan jurulatih, atlit dan para pemimpin sukan.

"Jurulatih masa depan perlu memahami kemajuan baru supaya mereka mampu menghasilkan rejim latihan moden yang bukan saja relevan kepada sukannya tetapi juga kepada seseorang atlit yang dilatih untuk memanfaatkan potensi kesukanan mereka," kata beliau.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan