Images
  • wta finals
    Gambar fail pertandingan tenis WTA. (Gambar: Jeremy Lee/ Reuters)

S'pura tidak lanjutkan kontrak anjur WTA

MELBOURNE: Singapura akan menjadi hos peringkat akhir pertandingan tenis WTA buat kali terakhir pada Oktober 2019.

Pihak penganjur, Lagardere Sports mengesahkannya dalam satu kenyataan bersama dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Sport Singapore, hari ini (18 Jan).

STB dan Sport Singapore sudah menilai potensi melanjutkan kontrak lima tahun menganjurkan WTA di Singapura, dan memutuskan untuk tidak meneruskannya.

Tiada butiran lanjut yang diberikan.

Singapura mengambil alih penganjuran pertandingan bernilai AS$7 juta (S$9 juta) itu daripada Istanbul pada 2014.

Peringkat akhir WTA lazimnya menyaksikan penyertaan lapan pemain terbaik wanita bagi merebut Piala Billie Jean King.

Acara tahun ini bakal diadakan di Stadium Tertutup Singapura dari 21 hingga 28 Oktober 2018.

- Reuters/AA/aq

Top