Images
  • FANDI
    Fandi Ahmad semasa menyaksikan perlawanan antara pasukan Singapura dengan Thailand. (Gambar: AFF Suzuki Cup)

S'pura tewas 3-0 di tangan Thailand dalam perlawanan Piala AFF Suzuki 2018

SINGAPURA: Singapura tersingkir daripada Piala AFF Suzuki 2018 setelah tewas 3-0 dalam perlawanan dengan Thailand pada malam ini (25 Nov).

Irfan Fandi menjaringkan gol sendiri pada minit ke-12, sekaligus membenarkan pasukan Thailand mendahului perlawanan tersebut.

Pada minit ke-23, Supachai Jaided menjaringkan gol kedua bagi pasukan Thailand.

Rakan sepasukan, Adisak Kraisorn, menamatkan perlawanan itu dengan menjaringkan gol ketiga.

Thailand akan berdepan dengan pasukan Malaysia pada Sabtu depan (1 Dis).  

- CNA/AI/ai

Top