Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura tewas 3-0 di tangan Arab Saudi

Pasukan bola sepak negara kecundang tiga perlawanan berturut-turut dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 pada Sabtu (12 Jun), kali ini ditundukkan 3-0 oleh Arab Saudi di Riyadh.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura tewas 3-0 di tangan Arab Saudi

Saleh al-Shehri merebut bola daripada para pemain Singapura. (Gambar: Fayez Nureldine/AFP)

Diterbitkan : 12 Jun 2021 09:12AM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 09:16AM

SINGAPURA: Pasukan bola sepak negara kecundang tiga perlawanan berturut-turut dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 pada Sabtu (12 Jun), kali ini ditundukkan 3-0 oleh Arab Saudi di Riyadh.

Dengan kekalahan itu, gawang Singapura dibolosi sebanyak 12 kali secara keseluruhannya sepanjang tiga perlawanan sejak kempen kelayakan Piala Dunia 2022 di Qatar dan Piala Asia 2023 di China itu disambung semula.

Isnin lalu, pasukan negara tewas 5-0 di tangan Uzbekistan dan kemudian dibenam 4-0 oleh Palestin.

Pada awal perlawanan, benteng pasukan negara tampak lebih mantap berbanding perlawanan-perlawanan lalu dengan tiada gol dijaringkan pada babak separuh masa pertama.

Namun, pemain Saudi, Salem al-Dawsari akhirnya berjaya meloloskan diri untuk menjaringkan gol pertama pada minit ke-83 dengan rembatan kaki kanannya membolosi gawang Singapura.

Tiga minit kemudian, Fahad al-Muwallad menyumbat satu lagi gol sebelum Sahel al-Shehri menjamin kemenangan Arab Saudi dengan menyumbang gol ketiga pasukannya pada minit terakhir perlawanan.

"Hari ini, para pemain kita cemerlang dan saya bangga dengan prestasi mereka," kata jurulatih Singapura Tatsuma Yoshida.

"Kami mengubah corak permainan pasukan dan mengatur beberapa strategi (baru) ... Ia hebat, tetapi Arab Saudi ternyata lebih gagah." 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan