Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura sebahagian daripada pembida bersama ASEAN bagi Piala Dunia 2034

Thailand akan mengetuai bidaan bersama dengan empat negara ASEAN lain untuk menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia FIFA 2034.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura sebahagian daripada pembida bersama ASEAN bagi Piala Dunia 2034

(Gambar REUTERS)

Diterbitkan : 10 Oct 2019 09:41PM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 09:43PM

BANGKOK: Thailand akan mengetuai bidaan bersama dengan empat negara ASEAN lain untuk menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia FIFA 2034.

Langkah tersebut dipersetujui semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Asean mengenai Sukan kali kelima di Manila pada Rabu (9 Okt), lapor akhbar Bangkok Post.

Empat negara lain dalam bidaan bersama yang dicadangkan itu ialah Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Lima lagi anggota blok 10 negara berkenaan ialah Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar dan Filipina.

Menurut Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Phiphat Ratchakitprakarn, mesyuarat pada Rabu meluluskan bidaan lima negara tersebut untuk membawa Piala Dunia ke Asia Tenggara pada 2034.

Bangkok Post menukil Encik Phiphat sebagai berkata bahawa para peserta bersetuju bahawa Thailand akan memainkan peranan utama dalam bidaan itu.

Encik Phiphat menambah beliau akan membawa perkara tersebut ke kabinet Thailand bagi kelulusan nanti.

Negara-negara lain yang menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 termasuk China, Mesir, Zimbabwe, Nigeria dan pembida bersama Australia bersama New Zealand.

Qatar akan menjadi hos Piala Dunia kedua di rantau Asia pada 2022 setelah Jepun dan Korea Selatan menjadi tuan rumah secara bersama semasa pusingan akhir temasya sukan berkenaan pada 2022.

Beberapa negara Asia Tenggara sudahpun mempunyai uar-uar untuk menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia selama bertahun-tahun.

Semasa sidang puncak ASEAN di Bangkok pada bulan Jun lalu, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha berkata para pemimpin blok tersebut berikrar untuk membawa Piala Dunia 2034 ke rantau ini.

Bagaimanapun, selang beberapa hari kemudian, persatuan bola sepak Indonesia dan Australia menyatakan mereka sedang berbincang untuk mengadakan bidaan bersama selaku tuan rumah Piala Dunia 2034. 

Sumber : Agensi berita/TODAYonline/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan