Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura raih pingat gangsa dalam acara renang gaya bebas lelaki 4x100m

Team Singapore menambah pungutan pingat gangsa di Sukan Asia 2018 pada Rabu (22 Ogos) menerusi acara renang gaya bebas lelaki 4x100m.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura raih pingat gangsa dalam acara renang gaya bebas lelaki 4x100m

(Dari kiri) Quah Zheng Wen, Joseph Schooling, Darren Lim dan Darren Chua. (Gambar: SNOC)

Diterbitkan : 22 Aug 2018 10:19PM Dikemas Kini : 22 Aug 2018 10:24PM

JAKARTA: Team Singapore menambah pungutan pingat gangsa di Sukan Asia 2018 pada Rabu (22 Ogos) menerusi acara renang gaya bebas lelaki 4x100m.

Pasukan Singapura yang terdiri daripada Joseph Schooling, Quah Zheng Wen, Darren Chua dan Darren Lim mencatat masa 3:17.22 saat - satu rekod kebangsaan baru bagi negara ini - dalam acara di pusat akuatik Gelora Bung Karno (GBK) di Jakarta, Indonesia.

Jepun menduduki tempat pertama dengan mencatat masa 3:12.68 saat - satu rekod baru Sukan Asia manakala China pula memperoleh pingat perak dengan masa 3:13.29 saat.

Pasukan negara berjaya melayakkan diri bagi peringkat akhir apabila menduduki tempat ketiga terpantas selapas pasukan yang terdiri daripada Darren Lim, Danny Yeo, Darren Chua dan Jonathan Tan mencatat masa 3:20.16 saat pada pagi Rabu (22 Ogos).

Pingat gangsa itu adalah pingat keempat bagi Singapura. Awal sebelum itu, Joseph Schooling berjaya memenangi pingat emas dalam acara renang gaya kupu-kupu 100m manakala pasukan boling wanita mendapat pingat gangsa dalam gandingan tiga pemain. Pada Isnin lalu (20 Ogos) pula, pasukan renang negara memperolehi pingat gangsa dalam acara gaya bebas 4x200m.

Pada awal Rabu (22 Ogos) juga, Quah Jing Wen, 17 tahun, mencatat rekod baru bagi negara ini dalam acara gaya kupu-kupu wanita 200m. Beliau menduduki tempat kelima dengan mencatat masa 2:12.01 saat.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan